WASIAT, FARAID & HIBAH

Kita perlu akui yang kebanyakan daripada kita masih tak faham apa beza wasiat, faraid dan hibah.

Dan lebih menyedihkan lagi, kita beremosi ketika berhadapan dengan 3 perkara ini. Seolah-olah kita tahu dan faham permasalahan ini.

Disini kami ingin memberi pencerahan akan maksud Wasiat, Faraid & Hibah.

Wasiat adalah iqrar, seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. Wasiat digunakan untuk pembahagian harta kepada bukan waris dan terhad kepada 1/3 daripada harta pusaka.

Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176. Faraid pula, pembahagiannya khusus untuk waris sahaja.

Manakala Hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Disediakan oleh,

Asrar ( +60 12-796 3723)

Team IAA,

Rakan Strategik Messrs Izzati & Associates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *