TUNTUTAN HUTANG DI PERBICARAAN PUSAKA KECIL

Kes bicara kali ni berbeza sikit dari kes kita yang selalu.

kenapa berbeza?

sebab selalunya waris datang untuk tuntutan harta tetapi kali ini waris datang untuk tuntutan harta dan hutang “𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘦𝘱𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘶𝘯𝘵𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘳𝘸𝘢𝘩”

Dalam kes ni, arwah pernah menjual hartanah yang mana rumah tersebut telah pun bertukar nama ke pembeli yang baru tetapi baki akhir jualan masih belum diserahkan oleh Peguam sejak arwah masih hidup sehinggalah arwah meninggal dunia tahun 2020 akibat Covid-19.

Innalillah.

Arwah telah memaklumkan pada waris-waris yang mana wang ini mesti dijadikan wakaf bagi pembinaan masjid. Maka mendengar kisah ini, puan hakim spesifikasi kan wang ini sebagai lebihan wang yang perlu dituntut daripada si peguam. Namun bila kita dengar hutang ni, puan hakim sendiri menarik nafas panjang tadi.

“Saya boleh masukkan perintah pembahagian, tetapi macam tuan puan sedia maklum, berkemungkinan mendapatkan wang tersebut bukanlah mudah, apatah lagi peguam tersebut sendiri telah hilang sekian lamanya.”

Kerana bila bercerita tentang hutang, memang susah nak dapatkan, apatah lagi bila si penghutang sendiri tak sedar diri untuk membayar hutang 😅

Kedengaran agak kasar tapi itulah lumrah kehidupan. InsyaAllah kami juga akan cuba membantu sebaiknya.

Apa pun, saya doakan semoga urusan waris-waris dalam menuntut hutang tersebut dipermudahkan dalam merealisasikan amanat arwah.

InsyaAllah.

Sekian,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *