TALIAN HAYAT BUAT PEMILIK RUMAH DI MUSIM PKP

Musim Pandemik ni, ramai juga client saya dan rakan yang mengadu, mereka ada masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam untuk membayar loan rumah.

Rumah baru beli setahun dan rasa sayang sangat nak jual tapi rasa tak mampu bayar. Suggestion saya pada mereka;

1. KWSP AKAUN 2

Ramai client saya yang terlupa/tak sedar sebenarnya KWSP Akaun Dua mereka sebenarnya boleh dikeluarkan berkaitan hartanah yg dimiliki mereka dengan cara:

a) Pengeluaran akaun dua bagi rumah pertama, (Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

b) Pengeluaran akaun 2 untuk membayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai

2. Pengeluaran I-Sinar bagi yang belum memohon I-Sinar (tarikh apply hingga esok 30 Jun Sahaja)

3. Pengeluaran I-Citra bermula 15 Julai 2021

4. Morotarium 6 bulan bermula Julai 2021. Cara Pengeluaran dan Dokumen diperlukan boleh check di website / hubungi KWSP. (Untuk Morotarium Bank boleh check dengan bank masing-masing ya.

KECUALI untuk pengeluaran KWSP akaun dua bagi rumah pertama. Sebab yang ni banyak dokumen yang diperlukan untuk memohon. Anda boleh lihat lampiran yang saya sertakan.

Terakhir kata, it’s okay to feel stress, kita manusia. Cuma jangan biarkan ia berpanjangan. Berkomunikasi lah dengan orang yang anda percaya dan sekiranya lebih serious dapatkanlah nasihat pakar. Bab mengatasi stress bukanlah kepakaran saya tapi jika berkaitan hartanah, InsyaAllah. Semoga Bermanfaat.

Sayang Selalu,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *