SNP ATAU SPA

Apa itu SNP atau SPA?

Sebenarnya SNP dan SPA adalah dua perkara yang sama.
SNP atau SPA merujuk kepada Sale and Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu nya, Perjanjian Jual Beli.

SPA memang sinonim bagi sesiapa yang pernah menjual/membeli hartanah ie rumah mahupun sesiapa yang baru sahaja nak menjual/membeli rumah.

Ramai masyarakat di luar sana yang tahu bahawa seseorang perlu tandatangan SPA sekiranya nak membeli/menjual rumah. Tapi masih ramai yang tak tahu apa sebenarnya SPA.

Siapa yang sediakan SPA?

SPA selalunya disediakan oleh peguamcara pihak penjual/pembeli. Walaupun sesiapa pun boleh menyediakan Penjanjian bertulis, tapi kerana peguam lebih tahu selok belok undang-undang, sudah pasti SPA yang disediakan oleh peguam adalah lebih lengkap dan dapat menjamin hak-hak serta kepentingan kedua-dua pihak penjual mahupun pembeli dalam urusan jualbeli hartanah.

Kenapa perlu sign SPA?

SPA adalah perjanjian yang mengikat pihak penjual dan pembeli. Dalam erti kata lain, pihak-pihak perlu mengikut dan memenuhi terma-terma serta syarat yang telah dipersetujui dalam SPA tersebut.

Kenapa? Sebab terma dan syarat dalam SPA dibuat untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak selama tempoh pindahmilik hartanah dibuat. Dengan adanya SPA, kedua-dua pihak akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan urusan jualbeli hartanah berjaya dilaksanakan.

Yang paling penting ialah, tiada pihak yang boleh menipu atau ditipu dalam urusan jualbeli sekiranya SPA telah ditandatangani.

Contoh di mana SPA menjaga hak si pembeli adalah apabila terma SPA menyatakan bahawa penjual perlu memulangkan semula wang deposit pembeli sekiranya permohonan pindahmilik hartanah tidak diluluskan oleh Pejabat Tanah.

Bila patut SPA ditandatangani?

Sekiranya Pembeli ingin membeli hartanah secara tunai, maka pembeli bolehlah menandatangani SPA pada bila-bila masa, seawal yang mungkin sebelum proses jualbeli berjalan.
Namun, sekiranya pembeli ingin membeli hartanah dengan menggunakan loan dari bank, maka pembeli selalunya akan menandatangani SPA selepas permohonan pinjaman perumahan pembeli diluluskan oleh pihak Bank.

Hal ini untuk mengelak daripada dikenakan kos dan penalti kepada si pembeli akibat membatalkan SPA sekiranya loan tidak lulus.

Adakah tanah automatik menjadi milik pembeli selepas SPA ditandatangani?

Tidak sama sekali. SPA hanya perjanjian yang mengandungi terma dan syarat dalam urusan jualbeli. Peguam masih perlu melakukan beberapa proses lain sebelum menukar nama pembeli ke atas geran hartanah tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh juga terus menghubungi kami .

Sekian.

2 Replies to “SNP ATAU SPA”

  1. Hai, saya nak tanya dan kepastian, saya dan suami sy baru membeli rumah pertama kami.Dan kami meminjam dari bank untuk membeli rumah ini secara tunai sebelum kami menerima surat perjanjian dari penjual.Disebabkan tak ada pengalaman, kami hanya nak tahu, adakah rumah itu sepenuhnya sudah milik kami kerana pada bulan lepas kami telah menandatangani surat perjanjian di hadapan peguam di tempat kami kerana menurut mereka surat perjanjian itu dihantar dari tempat mereka (sarawak) ke sini( kluang,johor).Apakah langkah kami seterusnya ya setelah menandatangani perjanjian tersebut?

    1. Hai Puan Christina,

      Memandangkan puan telah mempunyai peguam yang dilantik, adalah sebaiknya segala soalan urusan berkaitan surat perjanjian dan proses pindahmilik bolehlah dirujuk kepada peguam puan, memandangkan hanya peguam puan saja yang lebih mengetahui serta arif mengenai proses jual beli rumah puan tersebut.

      Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *