IAA GOLD

RINGKASAN EKSEKUTIF

INTEGRITI, ILMU DAN KECEKAPAN DALAM MELAKSANAKAN URUSAN ADALAH TERAS UTAMA FIRMA GUAMAN KAMI.

Atas dasar “Meletakkan Hak kepada yang Berhak” dan “Membantu Mereka yang Layak dan Memerlukan”, kami dengan sedaya upaya memberikan khidmat guaman pada kadar mampu milik kepada setiap pelanggan- pelanggan kami seterusnya memastikan segala transaksi dan tuntutan mahupun permohonan anda dilaksanakan sehinggalah selesai dengan amanah dan jayanya. 

Sebagai peguam muda yang telah berkhidmat di beberapa pejabat peguam sebelum membuka firma guaman sendiri, kami pernah berhadapan dengan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan sesuatu yang bukan hak mereka. Bukan itu sahaja, terdapat segelintir pihak yang sekadar “main langgar” tanpa mengetahui prosedur sebelum mereka bertindak. Kesannya, transaksi yang dilaksanakan tergendala dan ada yang terpaksa dibatalkan kerana tidak melepasi garis-garis panduan yang sebenarnya telah lama ada namun tidak diendahkan mereka.  

Pengalaman kami yang tidak dibatasi satu cabang undang-undang memberikan kami kelebihan dalam penelitian dan kefahaman sesuatu kes sehinggalah terhasilnya rumusan, prosedur yang benar juga nasihat undang undang yang mengikut keunikan kes. 

Oleh itu, kami sering menasihati dan membantu rakan kongsi serta anak guam kami agar mereka mengetahui setiap proses bagi transaksi yang akan mereka jalankan terutama didalam proses jual beli hartanah dan perjanjian-perjanjian komersial.   

Hal ini juga dapat membantu mereka mengelakkan kos-kos yang membebankan apabila mereka sendiri sedar akan garis masa dan prosedur berkenaan urusan mereka. 

Benar, wang diperlukan dalam melaksanakan pelbagai urusan di alaf ini. Tetapi wang bukanlah segalanya.