PURCHASING A HOME: DUE DILEGENCE CHECKLIST – (RINGKASAN)

sharing semalam,

Saya kongsikan bersama 1 point dari artikel BRYAN BUFFINI mengenai

10 KESALAHAN ACAPKALI DILAKUKAN PEMBELI DALAM PEMBELIAN HARTANAH adalah memilih Perunding Hartanah yang tidak komited dalam membina jalinan transaksi dengan kita.

saya tekankan disini PERUNDING HARTANAH. Bukan sekadar Broker, wakil tuan tanah atau lain-lain. Nama Inggeris dia adalah REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN).

Mereka ni bukan sekadar nama panggilan tau. Mereka adalah individu-individu yang telah menjalani kursus hartanah bagi membantu pembeli dan penjual hartanah dan mereka diiktiraf oleh LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta).

itu yang ada tag REN tu.

Penting sangat ke guna mereka ni?.

Mestilah penting! Lagi penting dari bayar duit cash ke tangan owner direct 😅

sebab REN yang bagus, Kerje mereka merunding. Menjadi perantara kepada penjual dan pembeli.

BILA PEMBELI CARI MEREKA

  • pertama sekali mereka tolong check kelayakan loan
  • tanya kemampuan membayar bulanan pinjaman
  • tanya berapa kewangan dan simpanan semasa
  • tanya alasan nak beli nak rumah
  • nak guna rumah bila
  • kumpulkan beberapa listing rumah yang sesuai dengan profile pembeli
  • bila pembeli maklumkan rumah yg mana pembeli minat
  • bila rumah second hand, mereka yang akan tolong record siap-siap awal dari masuk pintu depan sampai pintu belakang, bilik, tandas, singki, dinding semua utk pastikan macam tu lah keadaan rumah waktu pembeli bersetuju membeli rumah tu
  • mereka juga tolong pula buat kiraan berapa cash in hand yang pembeli kena sediakan
  • mereka yang akan terangkan berapa lama proses jual beli
  • tolong carikan banker dan mortgage advisor yang bagus untuk submit housing loan pembeli

bila dah lulus loan pula,

  • mereka tolong pula carikan lawyer-lawyer yang bagus dan reliable dalam menguruskan transaksi hartanah supaya proses semua smooth dari awal hingga ke akhir.

sama juga keadaan bila OWNER CARI REN

  • mereka akan kumpul dulu documentation utk penjualan owner
  • ingatkan owner tentang cukai2 dan bil maintenance perlu dibayar
  • kenal pasti jenis hartanah owner ni bila nak jual berapa lama prosesnya utk transaksi jual beli
  • advise owner harga yang paling sesuai untuk owner letak berdasarkan market value dan permintaan sekeliling
  • filter kan pembeli yang akan membeli hartanah tu memang pembeli yang layak membeli rumah owner dan sebagainya.

Jadi bila kita betul-betul cerita tentang REN, tanggungjawab mereka ni berat. Yang segelintir masyarakat ingat REN ni nak duit je.. asal close je..

Haaa tu maknanya anda jumpa REN yang belum betul-betul memainkan peranan dia sebagai REN. Sebab REN yang reliable, mereka akan ada ciri-ciri diatas.

Jadi kalau tanya penting tak guna REN, untuk saya personally, bila beli dan jual rumah memang saya cari REN yang komited dengan saya. Malah sebagai peguam untuk transaksi jual beli, saya tak boleh menafikan yang banyak case bila client guna REN yang bagus,

MasyaAllah..

tengah stress pun boleh sejuk hati tau! 🤣

Dia siap compile kan semua dalam satu email bagi kat kami.

salinan kad pengenalan client, booking form, resit bayaran, letter offer loan, perjanjian jual beli owner, document loan owner, cukai tanah, cukai taksiran, resit maintenance terkini, segala ape terma2 yang buyer mintak dari owner utk rumah, berapa harga deposit buyer akan bayar berapa, waktu bila sebagainya semua lengkap lah.

Jadi bila kita part lawyer nak draft Perjanjian Jual Beli pun pantas, efisien, jadi smooth je.

haaa posting saya ni bukan KIPAS REN tau, tapi peringatan kepada pembeli dan penjual untuk menggunakan REN yang betul-betul komited pada proses transaksi hartanah anda 😊

sekian ❤️,

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *