PERUMAHAN SECARA LOW COST (KOS RENDAH)

Apa itu Rumah Low Cost (Kos Rendah) ni Tuan/Puan?

Secara ringkas, Low Cost atau kata lainnya Rumah Kos Rendah ini adalah rumah-rumah yang tersenarai dan tertakluk dalam kategori rumah low cost di Kerajaan Negeri. Senang cerita, kalau Kerajaan Negeri kata itu rumah kos rendah maka jadilah ianya rumah kos rendah.


Selalu orang kata ….“Allah, Tipah, aku beli rumah low cost je,, ada dalam bawah 100k tak banyak pun. Haha”…. So, kita pun mula la meriki-riki di dalam hati, ohhh kalau macam tu aku pon boleh.


Tetapi, Rumah Low Cost ini tidak semestinya rumah yang dijual dengan kadar RM100,000.00 ke bawah ya Tuan/Puan. Ada yang lebih , ada yang kurang. Daripada meriki dalam hati, cuba Tuan/Puan buka portal kerajaan negeri tu dulu.


Bagi kami, firma guaman yang berurusan di Lembah Klang ini, pastinya urusan dengan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak dapat dielakkan lagi kerana pelanggan-pelanggan kami kebanyakkannya bermastautin di sini. Jadi dari merekalah kami berurusan bila melibatkan rumah low cost ini.

Apa bezanya dengan rumah/hartanah lain yang kita nak beli dan jual? kenapa special sangat tu?
Well, selain Tuan Puan dapat sebuah rumah yang bersesuaian dengan duit poket Tuan/Puan, terdapat juga beberapa prosedur tambahan perlu dilakukan. Di pihak peguam, kami masih akan buat perjanjian jual beli seperti biasa, cuma akan ada sedikit pertambahan dalam klaus-klaus yang berkaitan, kerja- kerjanya pun akan bertambah sedikit daripada kontrak jual beli rumah biasa. Antaranya, kami perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak ini iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (mengikut negeri masing-masing). Syarat-syarat milikannya juga adalah bergantung kepada Lembaga Perumahan Negeri/Kerajaan, Negeri masing-masing


Rumah low cost ini pula selalunya lebih kecil daripada rumah biasa. Untuk pengetahuan,
rumah low cost juga tidak semestinya hanya dibina oleh kerajaan negeri ya Tuan/Puan, mana- mana pemaju boleh bina rumah low cost ini asal dengan syarat mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri.


***Friendly Reminder
Oh ya pada Tuan/Puan yang rasa nak riki–riki kelayakan di Kawasan Selangor, bolehlah check di laman web lphs.gov.my ya.

Sekian

Nur Annisa Mohamad Isa
Peguam Hartanah

2 Replies to “PERUMAHAN SECARA LOW COST (KOS RENDAH)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *