FB Cover-IAA

PERKHIDMATAN KAMI

TRANSAKSI HARTANAH 

Menguruskan Transaksi Hartanah sama ada sewaan, gadaian, perfection of title, menukar hakmilik, urusan jual beli sama ada antara syarikat mahupun individu yang melibatkan hartanah bangunan kediaman, pertanian, komersial dan sebagainya. 

PENGURUSAN PUSAKA 

Mengendalikan urusan Pusaka si mati termasuk perubahan perintah harta pusaka, perlantikan pentadbir harta, permohonan penyelesaian jumlah harta, penjelasan hutang si mati dan lain-lain. 

PENYEDIAAN DOKUMEN  

Menyediakan dokumen berkaitan urusan di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Malaya, Saman & Pernyataan Tuntutan, Permohonan & Afidavit Sokongan dan lain-lain. 

KHIDMAT NASIHAT  

Kami mengadaptasi konsep “free of charge (terhad kepada 15 minit pertama)”, sama ada pada panggilan telefon atau bersua muka bagi khidmat nasihat / konsultasi guaman kali pertama kepada orang awam.

Khidmat Nasihat Perundangan berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang Malaysia di samping membantu mendapatkan jalan-jalan penyelesaian yang terbaik sebagai alternatif pilihan dalam setiap kes anda.

PELBAGAI 

Kami juga mengadakan seminar secara percuma mengenai hartanah dan Pusaka bagi berkongsi ilmu dalam membantu masyarakat kita menjadi manyarakat yang “Celik Hartanah”