PERFECTION

Selalu bila beli rumah apartment selepas beberapa tahun, mesti akan datang surat pemaju yang meminta owner untuk membuat Perfection of Title. 

Ada juga part yang bila owner nak jual rumah, kadang-kadang ada terdengar pemaju ada menyebut nak kena buat “PERFECTION” dulu. 

Atau ada juga ayat seperti:

“Rumah ni dah ada individu title tapi owner tak perfect kan lagi” 

“Rumah ni master title tapi individu title dah keluar” 

Okay ape maksudnya disini 😅

Baca awal-awal dah pening. Hehe

Okay jangan pening-pening ya.

Proses ni sebenarnya memang akan berlaku bila kita beli rumah dari pemaju yang mana pemaju belum menukarkan hakmilik induk kepada hakmilik strata/individu. 

Macam mana nak kenal pasti benda ni?

Senang je. Kena tengok hakmilik rumah tuan/puan.   

Adoi. . . Ape pula hakmilik tu? 🧐

Halah. . . yang surat sekeping tuan/puan selalu panggil geran tu. Haa. . . Itulah yang di panggil hakmilik. Cuma sebutannya berbeza tetapi maksud yang sama.

Hakmilik ni boleh jadi gerannya, HS(M), HS(D), PM, PN. (ikutlah yang mana kerajaan negeri tulis atas hakmilik tu)

Kalau pada hakmilik tu tuan tanah masih nama pemaju bererti geran tersebut ialah geran induk. 

Ini kerana pemaju belum pecahan lot/ pecahan individu bagi perumahan tersebut. 

Q & A

Q: Macam mana saya nak tukar hakmilik induk kepada hakmilik strata/hakmilik individu?

A: Caranya adalah call pemaju tanya bila mereka akan mengeluarkan hakmilik individu/strata.

Q: Adakah tuan rumah yang perlu bayar kos tukar hakmilik induk kepada hak milik individu/strata (Perfection of Title) ni.

A: Ya. Melainkan memang pemilik sudah membayar kos bagi pindah milik induk ini kepada hakmilik individu/strata kepada pemaju sejak dari mula. 

Q: Boleh ke jual rumah yang masih geran induk? 

A: Boleh. Tiada masalah tetapi dengan kebenaran pihak berkuasa negeri (sekiranya terdapat sekatan bagi hartanah tersebut) dan setelah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pemaju di dalam “Letter Confirmation Developer”

Q: Bagaimanakah jika pemaju sudah bankrupt dan hakmilik individu/strata belum dikeluarkan? 

A: Owner boleh menghubungi jabatan insolvensi untuk mendapatkan liquidator yang menguruskan pemaju. 

Agak panjang dan berat ya topik ni. Okay setakat ini sahaja sharing saya pada minggu.

Semoga akan memberi manfaat untuk semua 🌸

Sekian

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *