FB Cover-IAA

ORGANISASI KAMI

TETUAN IZZATI & ASSOCIATES diasaskan oleh peguam yang berpengalaman dalam bidang Undang-Undang khususnya bidang guaman Hartanah (Conveyancing) dan Pusaka.  

NURUL IZZATI BINTI AHMAD NASARUDDIN

• Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. 
• Mengambil Jurusan Undang-Undang selama 7 tahun di Universiti Teknologi MARA 
• Industrial Training di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam Jabatan Narkotik, Siasatan Jenayah Komersial beserta Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang 
• Pembantu Separuh Masa di Legal Consultation Centre UiTM Shah Alam 
• Menyertai latihan undang-undang di Messrs VP Nathan & Partners bagi kes tuntutan kecederaan diri. 
• Menyertai Bantuan Guaman di bawah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 
• Pelatih dalam Kamar di Firma Guaman Azreen Ardin Shah, Razif & Partners di mana beliau mengendalikan kes-kes Perundangan Hartanah dan transaksi jual beli Hartanah. Beliau juga merupakan Pegawai Pemasaran di firma tersebut. 

 

NURUL WAHIDAH BINTI KAMARUDIN

• Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
• Bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes guaman terutamanya dalam bidang hartanah sama ada melibatkan Projek Undercons, Subsale dan kes-kes lelong, pelepasan gadaian.
• Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UiTM).
• Menjadi Pelatih dalam Kamar seterusnya Paralegal di Messrs Hajjah Dina Nordin & Associates hingga tahun 2018.
• Menyertai Latihan Undang-Undang di Mahkamah Majistret Melaka sekitar tahun 2017.