PEMBELI TANAH REZAB MELAYU TAPI BUKAN MELAYU?

Malay Reserved Land atau Tanah Rezab Melayu.

Kisah Dukacita hari ini.

Harini dari pagi kita berkejar-kejar jumpa client.

Sebabnya hari ni saya perlu attend buyer Rumah yang gerannya berstatus Malay Reserved dan Leasehold. Fail paling pantas yg lawyer kami sediakan..

Semalam terima complete Documents, esok nya siap untuk sign sebab buyer dan owner sangat2 nak settle dlm minggu ni juga katanya..
Loan da approve.. cash ready 20%.. all cantik la senang cerita..

Buyer ni memang yakin dia Melayu. Agent pun yakin dia Melayu. Yelah IC pun biru nak takut ape kan.
(Haaaa yg ni kau jangan percaya sangat.. tolong baca sampai habis)

Jadi kita pun pi jumpa client ni.
Biasalah attend dengan saya mmg client saya jadi gerun.

Sebab saya buat mereka aware dari “A-Z” ape yg maybe akan buat tuan/puan kena interest, buat duit tuan/puan burn etc. Bukan nak takutkan.. Tapi untuk make sure Tuan/Puan aware hak dan tanggungjawab sebagai pembeli dan penjual apabila menandatangani perjanjian SPA.

Ingat lawyer je ke ada tanggungjawab.

hehe okay kita sambung cerita tadi.

Saya tanya buyer ni

“Encik mmg konfirm kn encik Melayu, dalam surat beranak tulis Melayu ya?’

Sbb masa sign Borang 14A di Pejabat Tanah kalau tiba-tiba dlm Surat Beranak tak ada perkataan Melayu, Registrar takkan approve ya. So based on SPA, ni klu tiba2 tak boleh register sbb salah encik, deposit burn ya” sambung saya.

Buyer gugup. “Alamak saya tak pernah check surat beranak saya dan tak sure kat mana”

Saya sambung “Encik kena cari sebab kalau lambat, lambat la proses ni”

Buyer pun terus whatsapp wife dan parents untuk make sure ada surat beranak dia.

Kami berpisah untuk memberi laluan saya bertemu client saya yang lain.

Sejam kemudian.. Buyer text saya. Agent pun call saya.
“maaf saya tak tau surat beranak buyer tak tulis melayu. Buyer baru bgtau Bapa Indonesia, Mak dia Melayu. Tapi Dia memang dari lahir kat Malaysia.”

Ah! Adoi…
Huhuhu nak cepat sangat punya pasal kan. Getus hati saya.
Sepatutnya semalam da terus minta gambar surat beranak pun.

Buyer text saya kata sorry. Agent juga meminta maaf.
Saya secepat mungkin inform owner yg buyer rupanya di dlam surat beranak berketurunan “Boyan”

Owner pun terkejut dan owner kata “saya ingat dia Melayu. Muka memang Melayu. IC pun biru”

Saya pun explain yang di Pejabat Tanah utk Malay Reserve bukan check pd Kad Pengenalan (IC) sbb ic tak tulis keturunan..

surat beranak je ada tulis keturunan.. Owner kata nasib baik saya belum sign spa. Alhamdulillah owner cool..just minta agent lebih aware lepas ni.

Da settle with owner, baru kita reply pula dengan buyer dan agents.

Everyone said sorry sbb terbuang masa saya😂Saya kata takpe ada hikmah semua ni.
Saya pun sepatutnya lebih berhati-hati dulu fail tengok surat beranak dia sebelum proceed.

Dan utk buyer.. katanya rezeki dia Allah jumpakan saya dengan dia..

Alhamdulillah for today🌸

Sy doakan owner cepat2 dapat buyer baru.
Dan saya doakan buyer cepat2 dapat rumah leasehold/freehold tanpa sekatan malay reserve/bumi lot.

Saya doakan semua murah rezeki. Dipermudahkan urusan. Aminn🤲🏻🤲🏻

Sayang selalu,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

2 Replies to “PEMBELI TANAH REZAB MELAYU TAPI BUKAN MELAYU?”

  1. Salam Pn,

    Boleh ke loan dengan SPA di buat oleh ister(bukan Melayu) tetapi pemilik hartanah nanti adalah suami (Melayu)?

    Saya merupakan seorang mualaf namun status saya adalah Bumiputera walaupun sebelum menukar agama dahulu.

    1. Wasalam Puan.

      Maaf jika maklum balas ni agak lewat. Untuk pengetahuan puan, tiada masalah jika loan atas nama puan dan geran atas nama suami. Cuma untuk loan rumah, nama suami perlu ada juga.

      Kelayakan untuk membeli rumah perlu membuat semakan pada hakmilik.

      Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *