MALAY RESERVED LAND / TANAH SIMPANAN MELAYU

Selalu orang sembang pasal tanah Rizab Melayu ni tak boleh dijual, betul ke?

Mula-mula kita tengok apa itu Malay Reserve Land.

Malay Reserve atau Tanah Rizab Melayu adalah Hartanah yang hanya boleh dipindah milikan kepada orang berbangsa Melayu sahaja.

Kenapa wujud Malay Reserve Land ni?
Untuk memelihara tanah-tanah pemilikan ketuanan Melayu yang masih ada di Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut kena selak sejarah la ye Tuan/Puan, kalau saya bercerita di sini panjang pula, hihi

Boleh ke Bangsa selain Melayu nak beli hartanah ini?

Tidak Boleh dan hampir mustahil. Kenapa saya katakan hampir mustahil, sebab untuk menukar status Malay Reserve kepada status biasa sahaja, perlu ada hartanah lain yang sama saiz dan nilai yang perlu digantikan dengan tanah tersebut, ada lagi prosedur lain yang perlu dipatuhi malah belum tentu lagi kebenaran akan diberikan oleh kerajaan untuk menukar status ye Tuan/Puan.

Ok kalau tak boleh pindah milik, boleh sewa tanah kepada bukan Melayu tak?
Ini juga adalah tidak boleh kerana tanah yang dikategorikan sebagai Malay Reserve Land perlu digunakan dan diusahakan dan sebagainya oleh orang Melayu sahaja. Perniagaan atas tanah tersebut juga wajib dijalankan oleh orang Melayu sahaja.

Macam mana Pejabat Tanah membuktikan anda Melayu.
Penyaksian borang Tukar Milik/Gadaian perlu dilakukan di hadapan Pendaftar Pejabat Tanah dengan membawa surat beranak pembeli dan penjual / pencagar dan penerima cagaran.

Kesimpulannya Malay Reserve Land adalah untuk orang berbangsa Melayu dengan pembuktian bangsa Melayu di Sijil Kelahiran dan ia boleh dijual kepada orang Melayu sahaja seperti yang telah ditetapkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965.


Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *