SIAPA IAA

kenali kami

TETUAN IZZATI & ASSOCIATES ditubuhkan seiring dengan keperluan sejagat bagi mendapatkan peguam-peguam yang berkredibiliti dan cekap dalam memberikan khidmat undang-undang.

Kami prihatin dan komited dalam memastikan hak-hak pelanggan kami didengari dan diambil kira disamping memberikan khidmat guaman yang terbaik kepada mereka.

Pengalaman kami yang tidak dibatasi satu cabang undang-undang memberikan kami kelebihan dalam penelitian dan kefahaman sesuatu kes sehinggalah terhasilnya rumusan, prosedur yang benar dan juga nasihat undang undang yang mengikut keunikan kes.

VISI IAA

Menjadi Firma Guaman Hartanah Pilihan Seluruh Rakyat Malaysia.

MISI IAA

Menawarkan Perkhidmatan Terbaik Mengenai Servis Guaman Sivil, Syariah dan Hartanah Kepada Orang Awam Terutamanya Di Lembah Klang.

NILAI TERAS IAA

KOMITMEN KEPADA HAK PELANGGAN

MEMASTIKAN hak pelanggan dilindungi dan dipertahankan sepanjang proses transaksi hartanah

EFISIEN SERVIS DAN SISTEM ATAS TALIAN

Komunikasi yang efisien dan mudah dengan peguam melalui sokongan sistem atas talian yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan pelanggan memantau transaksi hartanah mereka dengan lebih mudah dan cepat

KOS TELUS TANPA CAJ TERSEMBUNYI

Menjanjikan kos yang telus dan tiada caj tersembunyi sekaligus memberikan ketenangan kepada pelanggan dalam membantu mereka merancang kewangan mereka dengan lebih baik dalam persediaan memiliki atau menambah hartanah

INGIN DAPATKAN NASIHAT GUAMAN KAMI?

RAKAN KONGSI IAA

TETUAN IZZATI & ASSOCIATES diasaskan oleh Puan Nurul Izzati Binti Ahmad Nasaruddin selaku Pengasas dan Rakan Kongsi. Tetuan Izzati & Associates juga diterajui bersama dua orang rakan kongsi iaitu Encik Lokman Hakeem Bin Sa’don dan Puan Nur Fakhira Binti Khairul Anuar

NURUL IZZATI BINTI AHMAD NASARUDDIN

PENGASAS DAN RAKAN KONGSI IAA
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Teknologi MARA.
  • Memiliki Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan UITM.
  • Menyertai Bantuan Guaman di bawah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sekitar tahun 2018 dan 2019.
  • Industrial Training di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam Jabatan Narkotik, Siasatan Jenayah Komersial beserta Mahkamah Seksyen dan Majistret Klang sekitar tahun 2016.
  • Pembantu Separuh Masa di Legal Consultation Centre UiTM Shah Alam pada tahun sekitar tahun 2017.
  • Menyertai latihan undang-undang di Tetuan VP Nathan & Partners bagi kes tuntutan kecederaan diri sekitar tahun 2018.
  • Pegawai pemasaran dan Pelatih dalam Kamar di Tetuan Azreen Ardin Shah, Razif &Partners.
  • Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
  • Setiausaha Agung Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM) No Keahlian HG/NI/930304
  • Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Selangor – No Keahlian SDE-00305-2023.
  • Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam Sesi 2023/2024.
  • Ahli Jawatankuasa Peguam dan Pelatih Dalam Kamar Kebangsaan Majlis Peguam (“NYLPC”) Sesi 2023/2024.
  • Ahli Aktif Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) SDE-00305-2023.
  • Ahli Jawatankuasa Peguam Selangor (Committee of Selangor Bar 2024 – 2025)

LOKMAN HAKEEM BIN SA’DON

  • Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes guaman khususnya dalam bidang hartanah sama ada melibatkan Projek perumahan dengan pemaju, Subsale, Perfection (Transfer & Charge) dan pelepasan gadaian.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (Kepujian) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  • Menjadi Pelatih dalam Kamar di Messrs Sharizen & Associates pada tahun 2023.

NUR FAKHIRA BINTI KHAIRUL ANUAR

  • Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes guaman terutamanya dalam bidang pengurusan harta sama ada melibatkan pentadbiran harta pusaka melalui wasiat, hibah, surat kuasa mentadbir dan pusaka kecil.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Menjalani Latihan Dalam Kamar, Paralegal dan beramal di Tetuan Sim & Rahman hingga 2023

PASUKAN KAMI

MUHAMMAD IHYA' BIN RADZUAN
PENGURUS OPERASI

FAIRUZ NIZAM BIN MOHD JONED
PENASIHAT HR & pENGURUSAN

NURUL SHAFIQA NAJWA BINTI MISLAN
PENOLONG PENGURUS

NUR ATIKAH BINTI NOR AZLIN
PEGAWAI PEMASARAN

MOHAMAD AZIZAN BIN ABU BAKAR
SUMBER MANUSIA

WAN RABIATUL ADAWIYAH
MEDIA DIGITAL

AINIL HAWA BINTI AMIRRUDIN
KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

SALAMAH BINTI ISMAIL
KERANI UNDANG-UNDANG

INGIN SERTAI PASUKAN KAMI?

Kami mengalu alukan kehadiran pasukan baharu dalam memastikan IAA memberikan servis yang terbaik.

email resume