JUALAN HARTANAH LEASEHOLD BUMIPUTERA KEPADA NON BUMIPUTERA

Jumpa owner harini untuk briefing dan collection document sokongan Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Leasehold) dari Bumi kepada Non Bumi.

Mencabar sebenarnya jual rumah leasehold bumi kepada non bumi ni sebab..

Sebab ada permohonan kebenaran yang memerlukan Pertimbangan pihak berkuasa negeri.

Jadi peluang untuk lulus tu pun 50-50 selalunya..

Saya selalu bagitau client rumah leasehold kalau boleh dapatkan lah bumiputera buyer.

Sebab Proses tersebut lebih mudah berbanding jual tanah jenis leasehold dari bumiputera kepada bukan bumiputera.. Proses ni ada tambahan masa.. Kos iklan.. dan dokumen serta bukti2 sokongan.

Bukan apa, pertimbangan ni bukan datang dr peguam.. datang dari Exco Negeri dan Pejabat Menteri Besar.. Proses juga tak sekejap hampir 4-5 bulan untuk dapat surat kelulusan.. Dan permohonan juga belum tentu terus lulus.

Sebab tu nasihat saya pada agent juga jangan fikir untuk close terus, analisis sekali kes tu.

Bukan apa.. Kalau tak lulus, konfirm sale and purchase agreement perlu dibatalkan dan automatically earnest deposit juga perlu dipulangkan.

Kan da tambah kerja tu. Tapi kalau dah cuba cari.. tak dapat juga.. Dan bukti kukuh menunjukkan keterdesakan untuk menjual kepada bukan bumiputera, barulah kita akan usahakan dan proses urusan jual beli.

kita Usaha. Selebihnya kita doa dan tawakkal kepada Allah SWT.

Kalau cerita pengalaman, bukanlah semua leasehold bumiputera kepada non bumiputera ni tak lulus. Ada juga yang lulus.

Tapi ini kali pertama saya dapat yang tak lulus pada permohonan kebenaran pindahmilik Bumi kepada non bumi. Walaupun alasan saya rasa cukup kukuh pada permohonan pertama, tapi masih tak lulus. Alasannya adalah alasan-alasan Penjual untuk menjual hartanah tak cukup kukuh.

Kali kedua ni sekali lagi kita lampirkan sekali laporan perubatan terkini penjual berserta surat sokongan penghulu dan adun yg membuktikan penjual betul2 perlu menjual hartanah tersebut dalam tempoh terdekat kepada pembeli ini juga bukti-bukti owner memerlukan wang dalam tempoh terdekat.

Semoga lulus Rayuan Permohonan pindahmilik bumiputera kepada bukan bumiputera kali ini.

Kesian saya pada owner. Moga Allah permudahkan urusan Penjual dan Pembeli.

Aminnn🤲🏻🤲🏻

Sekian daripada saya;

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Messrs Izzati, Aqilah, Annisa & Associates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *