DIRECT TRANSFER / DOUBLE TRANSFER

Proses DIRECT TRANSFER dan DOUBLE TRANSFER ini hanya berlaku apabila mastertitle (hakmilik induk) yang sebelum ini diatas nama pemaju kini sudah ditukar kepada hakmilik individu. Means geran Tuan/Puan yang sebelum ini diatas nama pemaju sekarang sudah bertukar ke atas nama sendiri. Proses ini dinamakan Perfection of Title.

Jadi masa proses ini, owner akan mendapat satu notis daripada pemaju/peguam yang memberitahu maklumat “Okay sekarang geran individu sudah dikeluarkan. Mohon Tuan/Puan membuat Perfection of Title.” Di samping itu, ada juga disenaraikan kos bagi erfection of title yang termasuk dengan stamp duty dan juga notis untuk melangsaikan maintainance yang tertunggak sebelum perfection of title boleh dilaksanakan.

Jadi sesetengah owner ni bila dia nampak angka atas kertas tu banyak, dia rasa takpelah nanti da ada duit baru buat/bila nak jual baru buat. Jadi boleh minta pembeli baru bayar.
Hmmm😅

Jadi bila ada buyer, loan semua akan approve. Peguam pun hantar surat kepada pemaju dengan memberitahu rumah ini hendak dijual. Kemudian pemaju akan kata boleh dengan syarat:

DOUBLE TRANSFER – Langsaikan semua tunggakan maintainance. Tukar nama atas owner sekarang dulu. Tidak boleh direct transfer kepada owner baru. Bermakna owner perlu sediakan duit untuk legal fee lawyer, kos transfer atas nama sendiri dan setem duti. Sudah settle tukar nama kepada nama sendiri baru boleh tukar ke atas nama pembeli baru.

Transfer Pertama : dari Geran Induk – Geran Individu (owner sekarang).
Transfer Kedua : dari Geran Individu (owner pertama) – Geran individu (owner kedua)

DIRECT TRANSFER – Langsaikan semua tunggakan. Kami boleh direct transfer keatas pembeli baru bersama kos admin fee dan batal ganti bagi geran yang mempunyai sekatan dan memerlukan kebenaran daripada Pejabat Tanah/Pihak Berkuasa Negeri. Disini, owner boleh skip bayaran stamp duty dan juga memerlukan jangka masa yang agak panjang untuk proses jual beli tersebut.

Tapi boleh ke owner tentukan nak buat DIRECT TRANSFER ATAU DOUBLE TRANSFER ni? Jawapannya adalah tidak boleh. Ia bergantung kepada budi bicara pemaju. Hal ini kerana tidak semua pemaju rajin untuk membuat permohonan batal ganti nama pemilik bagi perumahan yang terdapat sekatan daripada pejabat tanah/pihak berkuasa negeri memandangkan mereka telah menerima “blanket consent” bagi owner terdahulu.

Sekian perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk kalian semua.

Yang prihatin dan sayang selalu,

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

18 Replies to “DIRECT TRANSFER / DOUBLE TRANSFER”

  1. Would appreciate your kind advise:

    Can the Developer demand charges for doing a direct transfer i.e. 1% of current selling price.
    Understand that if by double transfer 1st owner only need to pay 1% on original purchase price. TQ

    1. Dear Ms Sophie,

      For the answer, yes because the developer may demand 1% of current selling price for a case of direct transfer since it’s at the option of the developer to do transfer to the current owner or the intended new owner.

      Thank You

  2. Salam, nice info. Tapi saya ingin bertanya.

    Jika lawyer email kepada pemaju untuk direct transfer consent, tetapi pemaju tak reply dan tak dapat dihubungi, ape langkah yang boleh dilakukan ya ?

    1. Wasalam En Haziq.

      Berdasarkan pengalaman kami,
      1) utk masa PKP di musim covid ini mungkin pemaju masih belum mendapat surat kebenaran negeri utk beroperasi jadi kerana inilah lawyer masih belum dapat menghubungi pemaju.
      Atau
      2) Pemaju telah bankrapt/bertukar kepada nama yang lain, yang mana lawyer akan membuat ssm search untuk semak status syarikat yang terkini.

      Terima Kasih

  3. Assalamualaikum ..Maaf bertanya kos untuk double trnsfer siapa sepatutnya bertanggungjawab .. penjual atau pembeli?

    1. Waalaikumussalam Tuan Zunaida,

      Untuk double transfer, kos transfer pertama wajib di tanggung oleh pihak pemilik termasuk stamp duty first transfer kerana first transfer melibatkan pindah milik daripada pemaju kepada pemilik.

      Kos transfer kedua, pindah milik perlu ditanggung oleh pembeli kerana melibatkan pindah milik daripada pemilik kepada pembeli yang baru.

      Namun di ingatkan sekiranya rumah tersebut mempunyai sekatan seperti leasehold atau cagaran bank, kos-kos hendaklah di tanggung oleh pemilik kerana melibatkan permohonan pindah milik hartanah yang masih di miliki pemilik.

      Terima Kasih

  4. Salam puan. Untuk kes double transfer, adakah boleh sekiranya kedua-dua borang pindahmilik didaftar serentak di pejabat tanah? Atau pindakmilik kedua hanya boleh didaftarkan selepas geran perfection dikeluarkan? Tq

    1. Wassalam Pn Rohayu,

      Borang Pindahmilik 14A hanya perlu ditandatangani di Pejabat Tanah sekiranya tanah jenis Malay Reserve. Dan ya, bagi proses Pindahmilik 14A kedua bagi tanah rezeb Melayu hanya akan ditandatangani di Pejabat Tanah selepas pindahmilik pertama antara pemaju kepada owner dan juga kebenaran negeri telah diluluskan.

      Terima Kasih

  5. Hi. Maaf menganggu. Kalau buat Direct Transfer tapi second buyer tu melalui pemberian kasih sayang (sbb pembeli kedua adalah anak pembeli pertama), duti setem ad valorem masih perlu bayar full ye Tuan/Puan?

  6. Salam admin, boleh tau.. berapa lama/hari agaknya ya masa proses tukar nama dari developer ke pemilik kemudian dari pemilik rumah ke pembeli.. skrg saya di proses ini.. ini step terakhir kan sblum disbursement dari bank

    1. Wasalam Puan Aidah.

      Tempoh masa bergantung kepada hakmilik. Memandang kami tiada maklumat berkenaan hartanah ini, Puan boleh merujuk kepada peguam perjanjian jual beli bagi hartanah ini. Terima Kasih

    1. Wasalam puan,

      Terima kasih untuk soalan puan, untuk proses refinance sekiranya rumah sudah memiliki hakmilik, maka selalunya boleh dilakukan direct transfer memandangkan owner masih yang sama.

  7. Salam admin
    Mohon bertanya. Macam mana kalau hartanah tersebut hak milik strata telah dikeluarkan, tapi nama pemilik masih joint developer dan bukan pembeli pertama?
    Hartanah tersebut akan dilelong, maka pembeli kedua perlu tanggung kos double transfer?
    Atau masih boleh cuba mohon direct transfer dari joint developer?

    1. Wasalam En Nazir.

      Sekiranya hakmilik masih dibawah nama pemaju, maka pemilik harus melakukan urusan perfection (nama pemaju kepada nama pemilik). Kos double transfer akan ditanggung oleh pemilik, manakala kos direct transfer akan ditanggung oleh pembeli.

      Direct transfer boleh dibuat sekiranya pemaju bersetuju untuk dipindahmilik terus kepada pembeli baru. Jika pemaju tidak membenarkan direct transfer maka urusan pindahmilik perlu dibuat secara double transfer.

      Terima Kasih

  8. Assalam puan, saya nak bertanya sekiranya proses direct transfer dari pemaju ke pembeli baru. Adakah owner perlu menanggung keseluruhan kos direct trasnfer tu??

    Dalam penentuan utk siapa yang akan tanggung kos direct transfer ni. Adakah pihak pembeli baru atau owner atau adakah pihak lawyer atau agen yg dilantik yg tentukan. TQ tuan/puan

    1. Wasalam Pn Niena,

      Untuk double transfer, kos transfer pertama wajib di tanggung oleh pihak pemilik termasuk stamp duty first transfer kerana first transfer melibatkan pindah milik daripada pemaju kepada pemilik.

      Kos direct transfer, pindah milik perlu ditanggung oleh pembeli kerana melibatkan pindah milik daripada pemilik kepada pembeli yang baru.

      Namun di ingatkan sekiranya rumah tersebut mempunyai sekatan seperti leasehold atau cagaran bank, kos-kos hendaklah di tanggung oleh pemilik kerana melibatkan permohonan pindah milik hartanah yang masih di miliki pemilik.

      Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *