CONSENT

Baru-baru ni ada owner tanya…
“kenapa saya nak jual rumah kepunyaan sendiri tapi perlukan consent?”


CONSENT ni kalau kita translate ke bahasa melayu bermaksud KEBENARAN. Kebenaran siapa yang kita perlukan bila kita nak jual hartanah? Untuk menjawab soalan ni, kita kena refer kepada Hakmilik(geran) dan Perjanjian Jual Beli tuan tanah itu sendiri.


Adakah terdapat sebarang sekatan kepentingan/kaveat/cagaran diatas hartanah tersebut
yang memerlukan surat kebenaran daripada mana-mana pihak berkepentingan untuk membolehkan proses pindahmilik dari tuan tanah(owner) kepada pemilik(buyer) yang baru.


Contoh:
Sekatan Kos Rendah
Apabila hartanah tersebut adalah hartanah kos rendah seperti yang dinyatakan di dalam Sale and Purchase Agreement (SPA), maka surat kebenaran dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) diperlukan bagi membolehkan proses pindahmilik dari tuan tanah(owner) kepada pemilik(buyer) yang baru.
Sekatan Kepentingan
-Tanah ini tidak boleh dipindahmilik Dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
-Tanah ini tidak boleh dipindahmilik kepada orang yang bukan Melayu melainkan dengan kebenaran Pemungut Hasil Tanah.
Sekiranya terdapat syarat-syarat seperti diatas didalam sekatan kepentingan hakmilik, maka surat kebenaran dari Pejabat Tanah Daerah/Negeri itu sendiri diperlukan bagi membolehkan proses pindahmilik dari tuan tanah(owner) kepada pemilik(buyer) yang baru.
Kaveat /Cagaran
-Kaveat atas kepentingan
-Gadaian menjamin wang pokok dari Institusi-Intitusi Perbankan
Sekiranya terdapat kaveat/gadaian diatas tanah tersebut, maka surat kebenaran dari pihak Bank untuk mencagar dan memindah milik hartanah tersebut adalah diperlukan bagi membolehkan proses pindahmilik dari tuan tanah(owner) kepada pemilik(buyer) yang baru.


Jadi bagaimana untuk dapatkan surat-surat kebenaran ini?
Disinilah kami sebagai Peguam yang dilantik oleh Tuan/Puan, untuk membantu transaksi Jual Beli bagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkepentingan. Dalam masa yang sama Tuan /Puan juga hendaklah berlapang dada dan berusaha memberikan segala dokumen yang diminta oleh Peguam. Tuan/Puan juga perlu memastikan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilik atau penjual. Tanpa dokumen daripada pihak Tuan/Puan akan menyukarkan pihak peguam yang dilantik untuk menguruskan segala urusan. Jadi bagaimana harus kami membantu? kerana kami hanya perantara yang membantu proses jual beli.


Sekian daripada saya dan semoga bermanfaat juga untuk semua. Yang prihatin dan sayang selalu. Daripada saya,

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *