CKHT / RPGT

السلام عليكم / Selamat Sejahtera,

Hari ini jom kita kenal-kenal dengan CKHT atau bahasa orang putihnya, RPGT. Nama penuh bagi CKHT ni ialah “CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH“.

Basically, siapakah yang perlu membuat pembayar CKHT ni kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?. Tentunya adalah tuan-tuan tanah yang jual tanah/rumah, merekalah yang sepatutnya membuat pembayaran tersebut.

Dah kenapa pulak tuan tanah yang kena bayar? Sebabnya, bila jual tanah/rumah, mereka akan mendapat untung bersih. Haa, so cukai ni akan dikenakan pada untung bersih. Kadar CKHT ni pulak bergantung kepada berapa lama kita jadi tuan tanahnya. Makin lama jadi pemilik tanah, makin kuranglah kadarnya.

So, kira CKHT ni salah satu cara untuk kawal harga rumah dalam pasaran hartanah.

Tuan rumah boleh mendapat pengecualian dari bayar CKHT ni sekali seumur hidup saja. Katakan kalau dah ada 2,3 biji rumah, ikutlah nak guna untuk rumah yang mana satu. Oh ya, kalau hibah rumah dari suami ke isteri, dari ibu bapa ke anak pun boleh jugak dapat pengecualian tau.

Tetapi berita baik bagi tuan-tuan tanah pada saat dan ketika ini ialah, sekiranya mereka jual rumah dalam tempoh 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021, mereka akan dikecualikan daripada bayaran CKHT!

Pengecualian ini adalah susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kita iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 dalam Pelan Jana Semula Sektor Ekonomi Malaysia (PENJANA).

Pengecualian ini juga terpakai kepada harta kediaman sahaja dan dihadkan kepada 3 buah rumah sahaja. Jadi, tuan-tuan rumah yang berhajat nak jual rumah, bolehlah rebut kesempatan ini sebab peluang hanya datang sekali 😁😁

Sekian saja perkongsian topik kita pada hari ini. Saya akhiri dengan kata-kata “Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi 🙂🙃

Salam untuk Kalian 🥰,
Nurul Wahidah Kamarudin

2 Replies to “CKHT / RPGT”

  1. bagaimana dengan jualan tanah yg diwarisi secara pusaka? adakah nilai CHKT bergantung kepada nilai harga jualan? contoh harga jualan rm400000,jumlah CHKT adalah 30% dari 400000 tersebut (tidak ambil kira pengecualian sekiranya ada atau layak). dan perlu dibayar setelah menandatangani sebarang perjanjian? kenapa tidak bayar setelah terima keseluruhan hasil jualan tersebut? bagaimana jika penjual tidak mampu untuk membayar CHKT tersebut,melainkan jika diterima keseluruhan hasil jualan tersebut.
    Terima kasih

    1. Hi encik,

      Terima kasih untuk soalan encik, memandangkan soalan encik ada beberapa maka kami akan cuba memberi jawapan dalam bentuk point.

      -CKHT masih lagi perlu dibayar dan nilaian CKHT bergantung pada ketika bila perintah mewarisi harta pusaka didaftarkan di pejabat tanah dan juga harga jualan jadi ada dua perkara yang diambil kira untuk nilaian CKHT
      -Nilaian CKHT hendaklah dibayar setelah menandatangani perjanjian atau selepas permohonan kebenaran pindahmilik di pejabat tanah lulus, ini adalah syarat yang telah di tetapkan oleh LHDN.
      -Kenapa tidak bayar selepas terima keseluruhan hasil jualan? untuk menjawab soalan,pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan oleh LHDN bukanlah dalam bidang kuasa peguam, selalunya notis tersebut akan keluar dalam tempoh 3 bulan yang mana kadang2 proses telah selesai dan sempat untuk dibayar menggunakan wang baki akhir namun ada peremitan 3% perlu diletakkan dahulu.
      -Pada waktu awal proses hanya 3% untuk dibayar kepada LHDN, kemudian baki akhir kos RPGT itu hendaklah dibayar apabila notis dikeluarkan oleh LHDN.

      Harap dengan sedikit penerangan yang kami berikan dapat menjawab persoalan encik. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *