Bulan ni banyak pemilik hartanah yang datang nak jual rumah, tapi tak buat lagi Perfection of Transfer(POT) and Perfection of Charge (POC).
Bahasa mudahnya ganti dari nama pemaju kepada nama pemilik pada hakmilik geran -, ini yang kita panggil POT.
Sekali nama bank jika pemilik masih ada loan rumah -, ini yang kita panggil POC.
Jadi disini kita nak cerita sikit isu-isu yang sebenarnya pemilik ni akan hadapi bila masa nak jual baru nak buat proses ni:
𝟭. 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝗣𝗢𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗢𝗖 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸.
Pemilik perlu faham bahawa tanggungjawab untuk melengkapkan proses POT dan POC ni pada pemilik sendiri. . Ini termasuklah pemindahan hakmilik dari pemaju kepada pemilik dan penambahan nama bank jika terdapat pinjaman perumahan. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan pembeli menanggung kos ini.
𝟮. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗶 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗣𝗢𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗢𝗖 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗹𝗲𝘃𝗮𝗻.
Ada penjual/pemilik yang bercadang nak guna duit baki jualan untuk buat proses ni.
ini pun tak boleh, sebab duit baki jualan diterima pada akhir proses jual beli, tapi proses Pindahmilik dari nama pemaju ke pemilik ni berlaku paling awal. Ada pembeli yang taknak masuk proses jual beli pun melainkan pemilik sudah ada hakmilik.
Jadi kalau tak buat POT dan POC, siapa yang nak bayarkan kos ni supaya proses boleh berjalan?
𝟯. 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮
Ada juga pemilik/penjual yang bandingkan harga dulu (15 tahun lepas) yang dia dapat dari peguam lama.
Tapi kita sekarang tahun 2024, semua kos di pejabat tanah, telefon, printing, upah fi pemaju, transport, lhdn semua da berbeza dari 15 tahun yang lepas.
Jadi memang takkan dapat harga yang sama, bukan sebab kos peguam mahal tapi semua kos proses utk pendaftaran hakmilik tu dah berubah.
Sebab tu lagi kita lambatkan proses POT dan POC ni bermakna kita pun faham yang kos tu akan meningkat dari hari ke hari.
𝟰. 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻.
Okay part ni penting.
Pemilik/Penjual kena faham yang Proses POT, POC dan Jual Beli (Sale and Purchase Agreement/SPA) bukanlah satu proses yang sama.
Proses Perfection of Transfer and Charge ni satu proses.
Kalau da habis hutang cepat sikit, dalam 3 bulan da siap, kalau ada hutang tambah lagi masa dalam sebulan dua lagi. (ini pun kalau pemaju jenis respond terbaik, kalau pemaju pun asik tak bukak office, pegawai asik cuti bersalin, haa setahun setengah pun boleh pegi
Proses Perjanjian Jual Beli (SPA) pula berlaku pada selepas POT dan POC selesai. Ada yang dalam 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan bergantung pada jenis sekatan hartanah.
Jadi, pemilik/penjual tak usahlah compare kan kerja peguam yang anda lantik untuk proses jual beli dengan taman sebelah, pakcik makcik, sebab tempoh masa proses jual beli setiap hartanah tak sama.
Pakcik/pemilik yang proses 3 bulan je da siap dapat duit tu mesti sudah ada geran nama dia sendiri, tiada hutang, status freehold dan bukan kos rendah.
Kita ni pula POT tak buat lagi, ada jugak POC kena buat, tanah pula leasehold, pemaju pula bankrap 😂😅 haaaa banyak la keje peguam kita ni dari yang peguam pakcik jiran taman sebelah tu.
𝟱. 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵, 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗠𝗮𝗶𝗻𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶.
Banyak pemilik apabila dia nampak JMB dia tak buat kerja, jadi dia tak bayar maintenance. Cukai tanah cukai taksiran pun tak pernah berbayar sebab sekarang semua online.
TETAPI bayaran ni sebenarnya tetap kena di bayar.
Jadi penjual/pemilik kena bersiap sedia juga untuk selesaikan semua tunggakan cukai-cukai dan segala tunggakan maintenance and sinking fund dan segala utiliti, sebab pemaju akan nak tengok semua bil tersebut dah dibayar barulah mereka akan sign borang Pindahmilik dan barulah peguam boleh membuat Pendaftaran di Pejabat Tanah.
𝟲. 𝗜𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮
Yang ini anak-anak pun kena cakna mengenai harta yang melibatkan POT POC ni.
Dalam keadaaan pemilik meninggal dunia sebelum melakukan POT, cerita nya tetap susah yang sama.
Dimana waris kena dapatkan lantikan pentadbir, seelsaikam semua tunggakan dan menguruskan pendaftaran sebagai pentadbir, kemudian barulah boleh ulang bicara sebelum dapat mengambil alih hartanah.
Kalau tak kena gaya mahu bertahun-tahun lagi lah juga tergantung urusannya dan wang nak jual ke tak boleh bermimpi dapat digunakan dalam tempoh terdekat.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
sebagai pemilik, adalah penting untuk merancang kewangan dalam proses transaksi hartanah, memastikan semua dokumen dan bayaran cukai terkini, dan memahami proses yang terlibat dalam pengurusan hartanah untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa hadapan.
Dalam kebanyakan proses POT dan POC, pemilik dinasihatkan mengumpul duit secara ansuran sambil membayar maintenance. Begitu juga dengan Cukai tanah/petak, cukai taksiran dan semua utiliti lain hendaklah dibayar.
Jika tak dibayar makin banyak la tunggakan nak kena diselesaikan.
Erti kata lain, hendaklah kita sebagai pemilik dari sekarang kumpul duit slow-slow bayar tunggakan maintenance, cari peguam dan mulakan proses perfection of Transfer and Charge.
Hidup atau mati kalau kita lambatkan proses tu tetap renyah jalannya.
Sama ada kita yang hadapi atau waris yang hadapi.
Sama saja.
Sekian perkongsian kita hari ini mengenai POT dan POC sekali menjawab posting Tuan Ihya Radzuan tempoh hari mengenai kesan dan akibat melewatkan proses POT dan POC
Sekian,
Nurul Izzati ( Etty Nasaruddin )