BAYARAN CUKAI TANAH/CUKAI PINTU/CUKAI PETAK/MAINTAINANCE

Okay topik ni pemilik rumah wajib ambil peduli.

Harini kita nak bincang topik bayaran cukai tanah/petak, cukai pintu dan maintainance.

Ini memang perkara biasa, walaupun kita takda nak jual rumah atau beli rumah. Setiap tahun kalau kita ada rumah, pasti jumpa bil-bil ini yang akan sampai di rumah.

Da dapat nak buat ape?
Bayar lah🤭

Tapi Bila sampai part bayaran ni, kadang-kadang ada beberapa isu yang selalu akan muncul.
CONTOH:
1. Bil tak sampai rumah
2. Bil terlalu mahal sehingga tak mampu bayar
3. Tak bayar bil sebab pihak yang berwajib tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka

Ada orang anggap isu ni remeh. Dia buat tak kisah dan ambil peduli untuk tidak bayar. Sampailah secara tiba-tiba:
1. Dapat surat merah
2. Dapat notis tanah untuk disita. atau,
3. Dapat tahu pentingnya bil ini, waktu nak tukar hakmilik rumah, nak tukar nama dari pemaju ke tuan rumah, atau waktu nak jual rumah. Sebab apa?. sebab peguam akan minta lampiran resit. Masa ni la baru tuan rumah akan highlight isu-isu ini

Maaf ya, peguam tak boleh nak bantu tuan/puan part ni masa nak jual rumah. Tuan/Puan tetap kena settlekan semua bil ini, baru tuan/puan boleh jual rumah. Jadi sebaiknya selesaikan terlebih dahulu sebelum nak jual rumah.

Jika BIL TANAH tak jumpa, pergilah ke PEJABAT TANAH untuk minta salinan tahun tersebut dan terus buat penukaran alamat. Harga sesalinan hanya RM15 sahaja (setakat yang kami tahu).

Jika rasa tak puas hati dengan mana-mana pihak sama ada JMB/Majlis Perbandaran/PTG, laporkanlah kepada pihak yang berwajib iaitu Majlis Perbandaran Daerah/ Kementerian Perumahan (KPKT). Semua saluran kini dihujung jari. Pihak yang berwajib pasti akan melakukan siasatan.

Kita sendiri juga ada tanggungjawab kita, nak tak nak kita pun kena bayar bil-bil kita sendiri.

Tak puas hati dengan jumlah yang tinggi, rasa perlu diberikan pengurangan, mohonlah pertimbangan daripada pihak yang sepatutnya. Ada je client saya yang diberi kebenaran oleh Majlis Perbandaran untuk membayar cukai pintu secara ansuran.

Ada satu lagi yang selalu kami berdepan, owner rumah takde bil. Bil kosong sebab tak pernah sampai rumah. Walaupun kosong tolong dapatkan juga salinan di kaunter bil sekiranya berhasrat untuk menjual rumah.

Macam yang saya kata, kami hanya sebagai perantaraan dalam menguruskan proses jual beli, nak tak nak tuan/puan harus memberikan kerjasama dengan melampirkan resit bil terkini untuk memudahkan urusan tuan/puan di kemudian hari. Jika tak ada resit bayaran terkini, kami tak boleh nak proceed next step. Maaf 🙏, sebab itu memang tanggunjawab Tuan/Puan sendiri.

Nak minta kami pergi dapatkan boleh, tapi kita kenalah sama-sama rasional😊

Kami juga perlu guna runner ke sana, dan salinan tersebut juga perlu dibayar. Jadi harga bil, kos dan salinan tersebut perlulah di bayar semua oleh tuan/puan. Andai nak lagi murah, pergilah sendiri, bayarlah sendiri. Nanti dah buat bayaran, bagi resit terus kepada kami. Lebih mudah 😊

Habis cerita.

Yang penting, dapatkan salinan resit bayaran cukai terkini😁

Moral of the story, jangan bertangguh urusan yang wajib kita ambil tahu. Dalam peribahasa kita pon ada sebut, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti kalau dah jadi bukit, hilanglah senyuman tuan/puan ☹️
Sekiranya tuan/puan tak jelas mana-mana isu, boleh dapatkan bantuan daripada pihak yang berwajib. Renung-renungkan.

Sekian,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *