8% PER ANNUM

Ramai yang tanya saya ape itu 8% per annum ni?. Dan kebanyakan mereka yang tanya selalu ingin tahu, memandangkan masa pembelian rumah peguam ada menyebut perkara ini dan juga mengapa atau sebab mereka terkena bayaran tersebut.

8% per annum selalunya merujuk kepada late payment interest atau turut digelar kadar lewat bayaran.

Faktor yang menyebabkan terjadinya late payment interest adalah apabila proses bagi Sale and Purchase Agreeement (SPA) melebihi tempoh yang telah dipersetujui kedua belah pihak.

Antara faktor-faktor kelewatan adalah seperti berikut :

• Buyer gagal melunaskan baki jualan kepada tuan rumah meskipun telah melebihi tempoh SPA yang telah ditetapkan.

• Buyer masih belum menyelesaikan duti setem ad valorem.

• Terdapat cukai pintu / cukai tanah penjual yang masih tertunggak.

• Tuan rumah lambat menyerahkan kunci.

Dan pelbagai lagi.

Late Interest 8% per annum ini bukanlah clause wajib dimasukkan oleh peguam, namun ini antara syarat-syarat yang diletakkan bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.

Ada juga yang sudi merendahkan interest. Dan ada juga yang menukarkan late payment interest kepada ta’widh (compensation) of 1% iaitu ganti rugi bagi kelewatan proses jual beli seperti mana yang diadaptasi oleh Islamic Banking berpandukan garis atur yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Apa juga keputusannya, kami sebagai peguam hanyalah perunding. Yang berhak membuat keputusan bagi jumlah late payment interest / ta’widh ini, terletak di tangan pembeli dan penjual itu sendiri 😊

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *