Ada satu soalan berbentuk masalah
yang owner/wakilnya selalu harap peguam selesaikan 😁 bila berkaitan Penjualan Hartanah..
antaranya..
“𝑃𝑢𝑎𝑛, 𝑚𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎 𝑑𝑜𝑘𝑢𝑚𝑒𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑡𝑎𝑢 𝑑𝑖𝑎 𝑙𝑒𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑛𝑎”
“𝐵𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑠 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑎𝑛, 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑎𝑝𝑒-𝑎𝑝𝑒 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑛𝑖 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎 𝑑𝑎 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑢𝑡 𝑏𝑎𝑛𝑗𝑖𝑟 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠”
saya dengar ni je, mesti amik masa sekejap nak reply.
lama dah tak jadi ahli nujum ni..
macam mana ya saya nak terus jawabkan soalan-soalan ni kalau
takde documents /maklumat berkaitan hartanah dari pemilik hartanah.
Jadi mari kita bincang
𝗰𝗮𝗿𝗮-𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 /𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗮𝗹𝗲𝘀:
- 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙫𝙞𝙚𝙬 𝙋𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙃𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝
kita minta salinan basic document dulu untuk proses jual beli hartanah iaitu Perjanjian Jual Beli, Salinan Hakmilik (Geran), Loan Agreement, Cukai Tanah, Cukai Taksiran, Maintenance Resit.
ini untuk kita tau betul ke dia ni pemilik hartanah, rumah ni da ada hakmilik individu ke masih lagi perlu berurusan dengan pemaju, ada loan lagi tak rumah ni, ada tunggakan ke pada cukai dan penyelenggaraan hartanahnya.
jadi bila takde barulah kita guna cara kedua
iaitu..
- 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙆𝙚 𝙋𝙚𝙟𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝
kita buat carian hakmilik berdasarkan cukai tanah yang owner bagi.
kat sini kita boleh nampak dah nama pemilik sah hartanah, rumah ada ape2 sekatan kaveat ke loan ke, jenis ape saiz ape semua ada sama macam maklumat yang pada geran yang tadi pemilik sepatutnya ada tapi takde tu 😁
tapi kena bayar la kan. tak mahal pun hanya RM50 carian tambah travelling.
tapi kalau owner nak jimat kos sebab taknak buat carian, atau da confirm bila carian akan keluar nama pemaju utk kes rumah strata.
maka
- 𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙞 𝙋𝙚𝙢𝙖𝙟𝙪
kat sini pemilik pun boleh hubungi Pemaju untuk dapatkan maklumat terkini mengenai hartanah dia.
lagi senang kalau peguam buat la.
sebab peguam akan buat surat mendapatkan pengesahan pemaju berkaitan segala maklumat tentang hartanah yang ingin dijual.
tapi biasalah ada sesetengah owner ni dia takde simpan dokumen dan maklumat tapi nak jimat kos.
takpe..
owner boleh buat surat sendiri, hantar dan follow up sendiri dengan pemaju.
pun boleh takde masalah 😁
(tapi jangan minta template dari lawyer pulak, kata nak buat sendiri kan, kena usaha sendiri)
eh! nak contact Pemaju tapi no telefon dan alamat tak up to date la pulak😅😅
kita guna cara lain iaitu buat SSM Search dan dapatkan dari
- 𝙅𝙤𝙞𝙣𝙩 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝘽𝙤𝙙𝙮 (𝙅𝙈𝘽) 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩.
kat sini pun kita boleh tengok owner ada tunggakan tak pada maintenance and sinking fund.
sebab nak jual, bil ni kena clear ya.
tapi tiba-tiba maklumat JMB / Pemaju pun owner tak tau? yelah beli da tahun 1991 pulak..
kita guna cara next,
- 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙖𝙘𝙩 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙊𝙬𝙣𝙚𝙧
Haa cara ni memang owner kena buat sendiri untuk dapatkan maklumat samaada by call /walk in sendiri ke bank untuk minta semua salinan dokumen2 berkaitan hartanah dari bank owner.
kalau nak peguam buat boleh juga cuma ada kos sebab peguam perlu sediakan surat lantikan dan juga travelling serta kos telefon.
selain dari tu, penting juga untuk owner ada cukai taksiran.
sebab bila buyer nak apply loan, selalunya bank akan refer alamat rumah yang sama dengan cukai taksiran.
sebab tu.. kalau owner bagi alamat rumah yang ikut bil api, bil air ke. tengah jalan proses tiba2 jadi hold sekejap sebab bank buyer nak amend dulu letter offer buyer yang alamat rumah owner jika tak sama dengan cukai taksiran.
tapi kalau takde, macam mana?
jawapannya: kena bagi ada 😁
boleh try check online di Website Majlis Pihak Berkuasa Tempatan atau direct ke
- 𝙠𝙖𝙪𝙣𝙩𝙚𝙧 𝙋𝙞𝙝𝙖𝙠 𝘽𝙚𝙧𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙞𝙖𝙞𝙩𝙪 𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙖𝙣
bagi kawasan hartanah yang ingin dijual ni. owner atau wakil boleh extract cukai taksiran ni di kaunter.
takde masa? haaaa takpe.. kita ke pilihan terakhir.
- 𝙋𝙚𝙜𝙪𝙖𝙢
owner / wakil boleh minta peguam dapatkan semua maklumat-maklumat di atas.
tapi dengan bayaranlah..
kita sendiri pun da nampak berapa banyak kerja detektif nak kena buat..
haaaa Panjang!
hehehe ada lagi cara nak dapatkan maklumat yang kawan2 kita nak share??
sebelum peguam boleh jawab tempoh proses jual beli hartanah subsales mengambil masa berapa lama.
pada saya lah,
bukan kami tak boleh jawab bila tak de maklumat..
kami boleh jawab.
tapi
lain da jawatan tu nanti..
orang tak panggil Peguam, orang panggil Pak Belalang 😁😁
Sekian,
❤️,
Etty NasaruddIn
Peguam Hartanah