Topik Rujukan tanpa Insentif: Strategi Pemasaran yang Berkesan untuk Peguam Konveyansing.

Semasa forum perbincangan, pelbagai perasaan yang terikut bersama. Perasaan terbakar, mata bergenang, berkobar-kobar, insaf semua ada. Topik yang pada saya berat dan sukar dikongsikan tetapi mampu disampaikan hingga menusuk ke jiwa hadirin yang hadir.

Terima kasih Tuan Hawari Hanafi dan Coach Aizac untuk perkongsian.

Saya ingat lagi pertama kali Puan Salmiah Binti Salim ajak saya menyertai HARTAGUAM (Persatuan Guaman Hartanah), saya memang seronok sangat.. excited! 😁

Sebab dari zaman belajar lagi, saya dah dengar HARTAGUAM ni mengupas dan menyelesaikan kepincangan dan masalah-masalah yang berlaku dalam industri hartanah.

dapat masuk tu macam wow! 🤩 Tak sangka. Bangga sangat dapat jadi ahli HARTAGUAM 🥹

Dan pada hari ini, ketika ini, tak disangka-sangka nama saya dicalonkan dan dipilih sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Hartaguam sesi 2023/2024. Alhamdulillah kerana Setiap langkah kecil yang kita ambil dalam usaha kita membawa kita lebih dekat ke kejayaan , InsyaAllah akan saya usahakan sebaiknya.

Terima Kasih dan Mohon Tunjuk Ajar Dato Nazri Mustafa , Tuan Hawari Hanafi, Puan Deidra Nur Azmi , Puan Intan Safinaz Tuan Muhammad Hafiz Leman , Puan Siti Aishah Mohd Rais dan semua Ahli-Ahli HARTAGUAM 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Ikhlas dan Sayang Selalu,

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *