Ya scammer ada dimana-mana
dan sebenarnya banyak individu yang tidak bernasib baik pernah call saya untuk tanya betul ke mereka dah tertipu
Saya ceritakan pengalaman sorang kakak yang dah tiga kali call saya untuk dapatkan semula duit dia yang ditipu oleh seorang scammer yang mengaku sebagai REN dan owner.
Kakak ni berminat untuk beli rumah, jadi seperti pembeli-pembeli biasa, beliau buka website-website yang terdapat iklan-iklan hartanah dan terjumpa satu iklan individu dengan harga rumah yang murah dari rumah yang lain.
Harga Market Value area sana adalah 480K tetapi owner jual hanya RM300K. Jadi dia buat appointment untuk viewing rumah dan nak jadi cerita, dia berkenan rumah tersebut.
Si individu yang mengaku kononnya REN, kita panggil mamat je la lepas ni untuk singkatan (bukan nama sebenar), mengaku yang itu rumah dia sendiri dan kalau kakak ni betul berminat, perlu bayar 10% deposit pendahuluan ke akaun Mamat.
Mamat kemudiannya memberikan namecard lawyer yang akan menguruskan jual beli. Mamat juga janji yang dia akan bantu uruskan loan mereka.
Rumah sangat murah dan nampak berbaloi, jadi selepas berbincang dengan suami secara teliti, malah mamat sendiri dah call lawyer ketika bersama mereka, jadi mereka decide untuk bank in kan RM30K booking kepada Mamat.
Selepas hampir dua bulan, kakak pun bertanya kepada mamat kenapa loan mereka masih belum lulus. Disini mamat call mereka memberitahu “loan dah nak lulus jadi lawyer kata perlu bank in lagi 30K bagi urusan jual beli”.
Masa ni lah kakak mula rasa ragu-ragu, dia pun bertanya di mana pejabat lawyer, kakak tu nak turun sendiri dan bagi duit terus ke lawyer. Mamat tegaskan kalau tak bayar pada dia sendiri, akan burn 30K duit yang mereka telah bayar sebelum ni.
Dengan namecard yang ada, kakak call lawyer pula tapi tak berangkat, meskipun dah berkali-kali, jadi kakak mula resah. Kakak google dan terjumpa website kami dan no handphone saya.
Maka kakak pun bertanya betul ke proses jual beli seperti ini. Mestilah saya jawab “TAK BETUL”
Kenapa?
1. REN tidak akan minta sebarang bayaran ke akaun peribadi sendiri kerana ianya salah disisi undang-undang.
Duit booking (earnest deposit) yang dipegang oleh REN hanyalah 3.18% daripada harga jualan dan duit ini akan dibayar terus ke akaun Agensi Hartanah mereka sebagai stakeholder dan selebihnya dibayar oleh pembeli semasa sign Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada Peguam sebagai stakeholder dan diserahkan kepada Penjual selepas SPA di tandatangani.
Dan untuk rumah yang ada permohonan kebenaran pindahmilik(consent), wang deposit hanya diserahkan selepas consent lulus atas nama pembeli.
Kenapa tak boleh bayar ke akaun individu meskipun beli direct daripada owner?
Kalau owner bankrupt, atau scam bawak lari duit, atau saja-saja berubah hati taknak teruskan jualan? boleh ke kita confirm owner akan bayar terus semula duit booking tadi?
Bila kita bayar booking melalui agensi Hartanah yang berdaftar/ Peguam yang praktis, apabila owner saja-saja batalkan agreement untuk jual beli, wang deposit yang dipegang oleh badan-badan berkepentingan ini akan memastikan wang booking dipulangkan semula kepada buyer.
Saya tanya soalan seterusnya
2. Akak ada check No REN Mamat di website LPPEH?
Kemudian Saya bagi link untuk check betul ke REN ni wujud dan masih aktif; “http://search.lppeh.gov.my/“
3. Akak ada namecard lawyer kan. Akak boleh check di website Malaysian Bar untuk pastikan lawyer ni wujud, jadi kalau betul wujud akak boleh consult dengan mereka dan minta mereka bantu. Saya beri pula shortcut link mencari peguam di website Malaysian Bar; “https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/v/search-result“
Malangnya kakak tak check dua-dua dari awal, dia hanya percaya sahaja. Bila cari nama Mamat mengikut no akaun yang dibayar di LPPEH tak ada nama ni. Kakak ni call LPPEH juga tidak ada rekod nama terbabit. Cari nama peguam di Malaysian Bar website juga tak dijumpai.
Kakak dah mula resah. Rasa seperti ditipu.
Tapi bila dah terlepas hingga stage ini, apalah daya saya sebagai orang biasa, takde magic power boleh terus dapatkan duit berkenaan sekelip mata. Yang mampu saya cadangkan adalah sama seperti kes scammer-scammer yang lain.
Pertama sekali adalah buat report polis. Kemudian pergi ke Bank yang scammer gunakan, submit report polis dan follow prosedur yang ditetapkan oleh bank tersebut.
Insyallah jika anda bernasib baik, dalam 2 minggu – 1 bulan wang akan dipulangkan semula.
Namun jika nasib tak berapa baik, bawalah ke Mahkamah Tuntutan Kecil bagi kes bawah RM5K atau cari Peguam untuk mewakili anda bagi Tuntutan Sivil di Mahkamah.
Apa-apa pun takziah buat kakak yang call saya dan saya doakan semoga kakak berjaya mendapatkan semula RM30K beliau
Semoga kita semua mengambil ikhtibar dengan kes diatas, dan tidak diperdaya oleh makhluk-makhluk yang tidak bertanggungjawab ini
Kepada kawan-kawan yang mungkin pernah/punya kenalan yang pernah di tipu dalam urusan jual beli hartanah, saya alu-alukan komen sharing anda dibawah sebagai perkongsian membantu public agar tidak terpedaya dengan modus operandi yang sama.
LOVE ❤️,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah Messrs Izzati, Aqilah, Annisa & Associates