Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini ada perisian ringkas yang ingin saya kongsikan kepada semua, semoga bermanfaat.
Saya yakin Buyer yang baru sahaja menerima kunci rumah sudah pasti berasa sangat teruja dan gembira. Saya sendiri berkongsi rasa yang sama setiap kali close file dan serah kunci kepada Buyer, terasa begitu puas melihat wajah-wajah Clients saya setiap kali sesi serah kunci. Apa lagi Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang akhirnya berjaya memiliki rumah, begitu semangat nak cepat-cepat pindah masuk ke rumah, mengecat, beli perabot baru dan sebagainya.
Tetapi Tuan-Tuan dan Puan-Puan, dalam keterujaan dah masuk rumah baru, jangan lupa pula untuk buat tukar nama pada cukai-cukai dan bil-bil berkenaan ya. Tugas kami sebagai peguam sekadar tukar nama Tuan-Tuan dan Puan-Puan pada Hakmilik sahaja ya. Tukar nama pada cukai-cukai dan bil-bil berkenaan adalah tanggungjawab Tuan-Tuan dan Puan-Puan sebagai pemilik baru.
Untuk Cukai Tanah, Pejabat Tanah sendiri akan kemaskini maklumat pemilik terbaru, jadi Tuan-Tuan dan Puan-Puan tak perlu buat tukar nama pada cukai tersebut.
Tukar nama perlu dibuat pada Cukai Taksiran/Cukai Pintu, Bil TNB, Bil Indah Water, Bil Air, Bil Maintenance
Dokumen-dokumen yang diperlukan kebiasannya ialah:
- Salinan Perjanjian Jual Beli
- Salinan Hakmilik
- Salinan Bil Terdahulu
- Salinan Kad Pengenalan
- Wang deposit
Jadi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan selepas terima kunci, jangan lupa ya tanggungjawab Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk tukar nama pada cukai-cukai dan bil-bil berkenaan ya. Boleh hubungi pihak-pihak berkenaan untuk maklumat lanjut, kerana ada yang menawarkan permohonan tukar nama secara atas talian, lebih mudah dan pantas.
Sekian sahaja dari saya, Terima Kasih dan Salam Sayang buat semua ❤️
Nurul Wahidah Kamarudin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Izzati, Aqilah, Annisa & Associates
Hi pi ggal pd tahun 2001. Masai itu anak sy 3r ashing. Mini dia dah 24tahun n sudah pun tukar hakmilik Rumah ayahnya ke atas nama Anak(title). Sekarang sy nak tukar nama bil cukai harta n cukai tanah ke atas na na a anak dimana dahulu di atas nama saya. Boleh sy tahu apakah ducument yg diperlukan semasa datang ke mpjb.
Hi Ms Saras,
Dokumen untuk pertukaran yang diperlukan;
– Salinan Perjanjian Jual Beli
– Salinan Geran
– Salinan Cukai Taksiran
– Salinan Kad Pengenalan
– Deposit (jika ada)
Namun Ms boleh menghadirkan diri ke majlis perbandaran negeri untuk mendapatkan kepastian dokumen yang diperlukan atau menghubungi mereka.
Terima Kasih
Hye..saya nak tanya. Kalau tak ada geran macam mana ya? Sebab tanah kampung ni dari dulu2 tak ada geran. Cuma ada perjanjian bertulis sahaja.
Hai Cik,
Jika tiada geran asal, cik boleh mendapatkan maklumat geran di pejabat tanah melalui perjanjian yang cik miliki.
Terima Kasih
Assalam, saya nak tanya, bagaimana dgn bil cukai tanah yang masih belum ditukar nama? Adakah saya perlu submit dokumen2 berkaitan pada pejabat tanah atau pejabat tanah akan update sendiri sehingga bil cukai tanah lot kedai yang dibeli itu menjadi nama pemilik baru?
Wasalam Puan Zariqa,
Untuk mempercepatkan proses pertukaran bil, puan bolehlah berurusan terus dengan pihak kaunter pejabat tanah serta membawa segala dokumen berkaitan pertukaran nama bil.
Terima Kasih
Hello Tuan, saya nak tukar nama bil cukai taksiran. Apa dokumen yang saya perlukan dan mana saya boleh tukarkan nama bil tersebut?
Hi Mr Sukhamit,
Artikel kita ada beritahu dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk pertukaran nama bil.
Thank You
Hi ,
Saya ingin tanya, bila saya menukar name untuk cukai pintu rumah kos rendah, penyata cukai pintu ada bayaran lebih dari pemilik terdahulu.
So, setelah saya menukar name saya, bayaran lebihan dalam penyata cukai pintu itu milik permilik rumah terdahulu atau saya?
setahu saya cukai pintu rumah kos rendah kerajaan sudah mengecualikan.
Hi James,
Untuk maklumat encik, baki lebihan terdahulu adalah milik pemilik terdahulu. Pemilik terdahulu harus kemukan rayuan untuk mendapatkan lebihan baki tersebut.
Terima Kasih
Hi saya dh tukar nama rumah dari nama ibu kepada nama saya, bagaimana nk tukar nama di bil cukai taksiran ya. Thank you
Hi Syafa,
Untuk membuat pertukaran bil cukai taksiran, encik/puan haruslah berurusan dengan pihak majlis perbandaraan negeri dengan membawa dokumen sebagai rujukan mereka.
Terima Kasih
saya baru dapat kunci rumah..dan akan teruskan prosedur seterusnya iaitu tukar nama bil-bil utiliti..tetapi saya tak ada bil terdahulu..bagaimana ya?
Untuk mendapatkan bil terdahulu, mohon puan pergi ke kaunter secara walk in dengan membawa dokumen lengkap pertukaran atau boleh juga menghubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan kepastian.
Terima Kasih
hi…. bole tak kita tukar penama dlm bil cukai pintu? contoh: sebelum ni nama suami, so nak tukar ke nama isteri . Bole ke ?
Hi
Puan boleh menghubungi majlis perbandaran untuk mendapatkan kepastian.
Terima Kasih
assalamualaikum..penukaran nama untuk cukai oimtu boleh dibuat secara online ke?
Waalaikumsalam,
Daripada maklumat kami, untuk pertukaran cukai haruslah dibuat secara kaunter. Namun puan boleh dapatkan pengesahan pihak2 yang terlibat terlebih dahulu melalui panggilan.
Terima Kasih
Hi, owner baru tidak menukar alamat kepada alamat owner baru. jadi semua surat masih dihantar ke owner lama. apakah cara untuk surat tersebut dihantar ke alamat lama?
Hi En Azhar,
Sekiranya encik adalah owner baru, mohon encik notify ke owner lama untuk membuat pertukaran.
Terima Kasih