PENJUALAN HARTANAH MENGGUNAKAN SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY)

Beberapa bulan lepas kami mendapat satu kes penjualan hartanah.
Rumahnya freehold dan tiada sekatan, namun ada sedikit plot twist iaitu salah seorang penjual bukan lagi warganegara Malaysia.

“Saya dah 10 tahun tukar warganegara Puan, tapi saya nak jual hartanah yang dekat Malaysia… Saya kena balik Malaysia ke Puan, tapi saya jauh di negara lain, nak jual tanah sendiri pun susah ya. Tapi sebelum ini saya ada buat Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) mewakilkan abang saya untuk segala urusan berkaitan hartanah tersebut”

Di musim–musim pandemik ini, yang mana akses ke suatu-suatu tempat pun susah. Memanglah merunsingkan penjual, lagi-lagi dengan penutupan border Malaysia dan negara-negara lain.
Nasib baiklah sudah ada Surat Kuasa Wakil yang boleh digunakan untuk mewakilkan kuasa bagi urusan-urusan hartanah itu.

Namun begitu adakah cukup sekadar surat kuasa wakil sahaja?

“ok so dah ada surat ini kira dah selesai kan part saya, lain-lain abang saya boleh uruskan, betul Puan?”

Yes and No.


Ya…., memang abang tersebut boleh menguruskan urusan berjumpa peguam dan menandatangani Borang 14A (Borang Pindah Milik) bagi pihak penjual tersebut, NAMUN untuk melengkapkan proses jual beli, masih ada lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan antaranya adalah;

Pengesahan/Pendaftaran Surat Kuasa Wakil:-

Sekiranya Tuan Puan tiada Surat Kuasa Wakil ini dan mahu mewakilkan sesiapa pun sebagai wakil untuk menguruskan urusan Jual Beli hartanah, Tuan Puan boleh la membuat Surat Kuasa Wakil ini,

tapi……


dah di tanda tangan jangan simpan pula. Wajib difailkan/didaftarkan ke Mahkamah Tinggi untuk ianya berkuat kuasa.

Dalam kes kami, sudah 10 tahun lepas ianya didaftarkan, jadi wajib untuk ianya dibawa ke Mahkamah untuk mengesahkan ianya masih berkuat kuasa dan boleh digunakan. Dah dapat pengesahan, sila masukkan/daftarkan ke Pejabat Tanah juga. Dalam erti kata lain ada dua pengesahan/pendaftaran yang perlu ada iaitu di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
Urusan ini memang selalunya diserahkan kepada pihak Peguam.

Akuan Bersumpah:-

Buat penjual yang berada di luar Malaysia, memang kena berjumpa dengan Notary Public untuk buat akuan bersumpah. Yang ini memang costly sikit sebab akan ikut rate negara tempat tinggal penjual dalam hal ini. Maklumlah matawang Malaysia jauh lebih murahkan,,

Borang K
Apa itu Borang K?, ianya adalah satu borang yang dikeluarkan dari JPN pada sesiapa yang menukar kewarganegaraan. Jadi kena dapatkan cop pengesahan Salinan Diakui Sah di JPN pula. Make sure bawa dokumen salinan asal untuk tunjuk kepada pihak JPN ya,,, Kalau tiada di Malaysia, boleh sahaja diwakilkan oleh pihak peguam untuk mendapatkan salinan sah, namun wajib dibawa Borang K yang asal.

Borang Pertukaran Nama:-

Yang ini pihak peguam akan sediakan dan ditandatangani oleh penjual sendiri.
Dokumen Pengenalan Diri seperti Passport.

Dah ada semua dokumen-dokumen tersebut barulah akan dikepilkan bersama- sama dokumen lain seperti kebiasaan urusan Jual Beli.


Jadi jangan ingat bila anda sudah pun membuat surat kuasa wakil, semuanya sudah selesai setakat ini. Ini adalah requirement daripada Pejabat Tanah, di masa lain ke hadapan mungkin juga akan ada requirement yang berbeza dan bertambah.


Diharap posting in dapat memberi sedikit pencerahan mengenai surat kuasa wakil. Terima Kasih

Nur Annisa Mohamad Isa,
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Izzati, Aqilah, Annisa & Associates

SURAT KUASA MENTADBIR

Surat Kuasa Mentadbir aka Letter of Administration

“Puan, isteri saya da meninggal dan anak angkat OKU saya bersama isteri ada joint account. bila saya nak tutup akaun tersebut, bank tak benarkan dan kata saya perlukan perintah mahkamah. Itu kan akaun isteri saya kenapa pulak kena perintah mahkamah”

Okay sebelum kita pergi lebih panjang sila ambil maklum apa yang dimaksudkan sebagai perintah mahkamah disini ialah Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi/Pusaka Kecil/ Amanah Raya.

kita kembali ke soalan client saya diatas, Kenapa perlu Surat Kuasa Mentadbir sedangkan itu isteri dia (apa yang saya faham mungkin disini client saya maksudkan apabila isteri bermakna dia mempunyai hubungan rapat dan hak sebagai waris yang tidak perlu dipersoalkan.)

Okay fahaman diatas tak lah salah sepenuhnya cuma ia kurang tepat. Apabila seseorang meninggal dunia, pasangan secara automatik akan menjadi waris. Tetapi perlu difahamkan bahawa pasangan bukan satu-satunya waris bagi si mati, waris-waris ashab al furud dan waris asabah juga perlu diambil kira. Jadi semua waris-waris ini juga berhak ke atas harta si mati.

Oleh sebab itu, ada sesetengah bank mewajibkan surat kuasa mentadbir dilampirkan sebelum penutupan akaun si mati apabila si mati meninggal tanpa meletakkan penama.

Macam da panjang je cerita ni kan. Okaylah sampai di sini saja sharing kita harini.

Nak tau lebih lanjut, boleh komen dibawah atau talian (03-33257175) terus kepada saya ya😊

Sekian,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Messrs Izzati, Aqilah, Annisa & Associates