Tahukah anda bahawa, tahun ni lagi ramai orang yang nak jual rumah berbanding yang nak beli rumah…

Ramai juga yang bertanya boleh ke nak jual rumah tanpa agent? Saya kata mestilah boleh.. cuma bila takde agent, owner kena pastikan yang owner dah sediakan dokumen yang lengkap bagi proses jual beli seperti;

– Bil Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Maintenance yang TERKINI (pastikan tiada yang tertunggak)

– Side pembeli dah ada lawyer incharge atau

– Pembeli sedia maklum jumlah deposit dan jika pembeli berhasrat membeli dengan loan, etter offer juga telah dikeluarkan.

Respons yang selalu saya dengar, selalunya adalah “eh complicatednya”.

Mestilah tidak mudah Tuan/Puan 😊

kerana kita berurusan untuk proses yang harganya beratusan ribu, juta malah bilion pon ada.

Untuk tempoh proses juga bukanlah sebulan dua. Ia mengambil masa.

Kalau tak buat apa orang susah-susah nak hire agent (Real Estate Negotiator yang berlesenkan) kan?

Tapi nak lantik agent atau tidak, pilihan adalah di tangan owner.

Disini saya lampirkan perkara yang wajib owner ambil tahu apabila menjual rumah.

Semoga bermanfaat.

Sekian,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *