“Nak beli rumah guna duit, lepas tu lawyer fee lagi dah berapa. Mahal betul..”

Perkongsian saya pada hari ini mungkin boleh menyelamatkan anda daripada bayar laywer ‘melebih-lebih’. Bukanlah saya nak ajar cara mintak diskaun ye, sebab kita lawyer hartanah harga bukan boleh sesuka hati dan nak bagi diskaun juga tak boleh sesuka hati kepada anak guam. Semua mesti mengikut Solicitors’ Remuneration Order (SRO) 2005. Akan tetapi ada beberapa guidelines yang boleh anda gunakan daripada sini. Inshaa Allah.

Apabila kita nak beli sesebuah rumah, pstinya kita hendak gunakan khidmat peguam hartanah bagi proses pembelian. Kadangkala apabila membeli rumah melalui ejen hartanah, ejen hartanah selalunya akan memperkenalkan peguam yang biasa berkhidmat bersama mereka. Jadi adakah pembeli rumah tidak mempunyai pilihan untuk memilih peguam?

Jawapannya mestilah boleh!

Apa yang pembeli sepatutnya buat apabila berdepan dengan keadaan begini? SENANG SAHAJA!

  1. Minta Quotation / Sebut Harga daripada peguam hartanah tersebut;
  2. Anda boleh membuat inquiry Sekiranya rasa harga tersebut mahal dan meminta mereka untuk menerangkan harga tersebut kerana anda berhak memilih mana2 peguam yang anda yakin untuk dilantik sebagai peguam yang mewakili anda.

“Bagaimana membaca quotation peguam-peguam?”

Dalam setiap Quotation peguam, pasti akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

A) LEGAL FEES

Di bawah Legal Fees ini adalah charge untuk preparation / penyediaan dokumen-dokumen / surat cara yang harus disediakan oleh peguam.

Charge ini tertakhluk kepada SRO yang saya sebutkan sebelum ini.

B) OFFICE DISBURSEMENT

Bahagian ini adalah untuk perbelanjaan pejabat peguam dalam menyediakan dokumen/suratcara termasuklah kos travelling dan sebagainya.

Kenapa kadang-kadang ada kos ‘travelling’ mahupun pengangkutan yang agak tinggi?

Bergantung kepada di mana lokasi hartanah/ pejabat tanah di mana lebih jauh sesuatu tempat, lebih tinggi kos yang perlu dibayar kepada runner yang perlu menghantar dokumen dan sebagainya.

C) DISBURSEMENT

“Eh! tadi dah ada sebut disbursement, kenapa ada charge lagi sekali ni?”

Sabar… mari timba ilmu lagi. Bahagian (C) ini adalah kos/fee yang perlu dibayar kepada pihak-pihak tertentu bagi sesuatu proses. Contohnya, pembeli perlu membayar fee pendaftaran pindahmilik kepada Pejabat Tanah mengikut harga hartanah yang dibeli.

Kalau RM 400.00 harga fee pendaftaran di Pejabat Tanah, maka RM 400.00 lah yang akan dicatatkan dalam Quotation tersebut pada bahagian (C) bagi urusan pendaftaran pindahmilik.

Sekiranya ada sebarang caj lain seperti kos yang perlu dibayar kepada pihak Pemaju, sepatutnya ia diterterakan sekali dalam Quotation untuk rujukan anakguam.

Beginilah cara membaca Quotation peguam hartanah. Senang kata, bila dapat sahaja Quotation, selidik. Kemudian, ringan-ringankan mulut untuk bertanya sekiranya ada bahagian yang nampak keliru / tidak faham.

Sepatutnya peguam boleh sahaja menjelaskan apa-apa persoalan anakguam / potential client mereka supaya mereka lebih yakin dan jelas.

Tapi ingat murah tak bmaksud lawyer tersebut bagus, mahal pun tak bmaksud lawyer tu tak boleh pakai.

Yang penting anda mudah berkomunikasi dan percaya dengan cara kerja peguam yang dilantik.

Sekian kata daripada peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *