Assalamualaikum Tuan/Puan,
Jadi hari ini kami nak sentuh sedikit tentang Leasehold Property atau pun dikenali sebagai Hartanah dengan Pajakan.
Jadi apa itu Leasehold Property ini?
Secara ringkas, Leasehold Property bermakna hartanah yang terikat dengan pajakan.
Kebiasaanya bila tertulis tempoh masa tertentu dalam Hakmilik (seperti Geran)
dengan pajakan contohnya 99 tahun, itulah yang dipanggil leasehold property.
Sekiranya terdapat pajakan dalam Geran Hartanah yang Tuan/Puan miliki dan
kepada pembeli yang ingin membeli hartanah tersebut, selalunya perkara ini akan ditekankan oleh pihak peguam dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Tuan/Puan.
Hal ini kerana terdapat sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum hartanah ini mempunyai pajakan di dalam hakmilik yang boleh dipindahmilik.
Jadi make sure ya Tuan/Puan cakna dan ambil tahu sama ada hartanah tersebut adalah leasehold, freehold, bumiputera atau bukan bumiputera, low cost dan sebagainya. Kerana amat penting untuk kita ambil peduli sebelum membayar wang muka bagi membeli rumah tersebut.
Ini supaya kita adalah dalam kategori yang layak- layak sahaja. Jadi, tidak membazir masa dan wang ringgit ye kan?
Tapi hari ini saya nak membebel sikit tentang leasehold sahaja ya 😊
So what kalau rumah nak beli/jual ni leasehold ?
Sebabnya apabila terdapatnya perkataan leasehold dalam geran tersebut, secara automatic pihak Tuan Puan kena membuat permohonan kebenaran di Pejabat Tanah.
Jangka masanya bergantung kepada Pejabat Tanah tersebut mungkin memakan masa di antara 2 minggu hingga ke sebulan atau lebih sekiranya terdapat apa-apa komplikasi atau keadaan lain yang memainkan peranan. Ini bermaka tempoh pindah milik dari waktu Tuan/Puan signing SnP akan menjadi lama sedikit berbanding freehold property, sebabnya pihak peguam kena buat kerja “lebih sedikit” berbanding rumah yang statusnya freehold.
Habis tu kalau ambil masa lama sikit adakah saya boleh kena interest?
Insyaallah tiada. Dalam praktis kami kebiasannya memang kami tekankan kontrak bahawa syarat utama adalah Consent atau kebenaran di Pejabat Tanah mesti diterima dahulu, baharulah masa untuk proses penyempurnaan pindah milik ,
Ada apa -apa dokumen yang perlu diserahkan?
Ya ada. Dokumen-dokumen yang pihak peguam akan minta serta informasi antaranya seperti;
PEMBELI:
- Letter Offer daripada Bank
- Kad Pengenalan
- Pekerjaan Pembeli (Bujang/Suami/Isteri)
- Jumlah Gaji
- Tanggungan dan sebagainya seperti mana yang telah dinyatakan dalam Borang Permohonan di Pejabat Tanah.
PENJUAL: - Kad Pengenalan
- Cukai Taksiran/Cukai Pintu
- Cukai Tanah
- Salinan Geran
- Pekerjaan Penjual (Bujang/Suami/Isteri)
- Jumlah Gaji
- Tanggungan dan sebagainya seperti mana yang telah dinyatakan dalam Borang Permohonan di Pejabat Tanah.
Diatas hanyalah sebahagian daripada syarat-syarat yang ada. Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi mengikut kebenaran yang ditetapkan Pejabat Tanah di daerah/ negeri masing-masing.
Setelah lengkapnya dokumen dan informasi yang diminta baharulah ianya dihantar bagi permohonan di Pejabat Tanah.
dan sekiranya kebenaran memindahmilik hartanah berstatus pajakan ini diberikan oleh Pejabat Tanah barulah proses pindahmilik ke atas nama pembeli seterusnya dapat diteruskan.
Sekian,
Peguam Hartanah
Assalamualaikum.. MCM kes sy beli rumah lowcost.. dokumen semua dah bagi peguam.. bank dah lulus loan.. peguam call sy report CCRIS sy bagi tu LPHS reject.. suruh buat balik ccris bank negara.. peguam minta dokumen balik.. apa sebab LPHS tolak.. apa akan jadi kalau LPHS tolak juga.. status loan saya MCM mna tu bank dah lulus kan pinjaman.
Waalaikumussalam En Husin.
Berdasarkan pengalaman kami, report kredit akan ditolak jika report kredit tersebut datang dari company selain bank negara, contohnya icris, ctos dan lain2. LPHS hanya menerima report kredit dari Bank Negara Malaysia.
Situasi kedua adalah kerana report ccris dari Bank Negara yang diambil telah terlalu lama melebihi 6 bulan/1 tahun. Yang mana client perlu lah mendapatkan report ccris yg terkini di kaunter Bank Negara Malaysia.
Sekiranya bukan kedua2 isu di atas, sebaiknya pihak tuan menghubungi peguam tuan untuk mendapatkan penjelasan terperinci atau walk in ke LPHS untuk maklumat lebih lanjut.
Terima Kasih