Soalan yang selalu saya dapat daripada bakal client dan ketika signing Sale and Purchase Agreement (SPA) ialah “berapa lama proses jual beli rumah saya ini ea puan?”

Jawapannya adalah bergantung kepada jenis hartanah, loan owner, dan method of payment dari buyer itu sendiri.

Masih banyak owner yang bila jual rumah , dia nak cari cash buyer. Alasannya, supaya duit dia dapat cepat.
Nak guna duit urgent by next month.

Emm.. tersedak.
Jawapan saya mustahil next month boleh siap.
Melainkan rumah ni jenis freehold, owner takde hutang bank langsung, LHDN masuk harini petang terus siap, hantar MOT kat pejabat tanah, harini present harini juga masuk nama dalam geran.

Yang mana kebanyakan perkara di atas ini adalah mustahil berlaku.

Apa entah lagi, dalam SPA juga terdapat syarat-syarat seperti ini :

  1. “The completion date shall be calculated within Ninety (90) days from the date of execution of this agreeement”
  2. “The completion date shall be calculated within Ninety (90) days from the date of execution of Memorandum of Transfer ” ini kes Tanah Rezab Melayu (Malay Reserved Land)
  3. “The completion date shall be calculated within Ninety (90) days from the date of Receipt of the Relevant Consent in favor of the Purchaser.” Ini pula rumah ada sekatan Kos Rendah atau Pihak Berkuasa Negeri.

Dan banyak lagi..

Ditambah pula pada musim PKPB ni terdapat juga clause Pandemik yang mana kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada sebarang interest boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak akibat penutupan sementara/perubahan waktu operasi mana-mana badan yang terlibat dengan proses transaksi jual beli ini.

Disclaimer :
SPA merupakan perjanjian yang dipersetujui bersama antara si penjual dan si pembeli. Oleh itu tempoh durasi proses juga boleh berubah mengikut persetujuan bersama.
Cuma nasihat saya, sebagai owner dan buyer diminta berhati-hati juga dalam menukar terma dan syarat dalam SPA, takut terjerut diri sendiri.

Sekian.

Ke arah Masyarakat Celik Hartanah.

Yang Prihatin,
Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

#HakKepadaYangBerhak #TeamIAA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *