Apakah Stamp Duty ?
Bagi sesiapa yang tak pernah membeli hartanah, pastinya tidak jelas dengan apa itu Duti Setem atau Duty Stamp in english. Justeru, apa itu Stamp Duty?
Stamp Duty ialah caj bagi cukai taksiran yang dikenakan ke atas dokumen bertulis / suratcara bagi mana-mana transaksi seperti:
(1) Pindahmilik bagi penjualan hartanah;
(2) Pindahmilik hartanah sebagai hadiah;
(3) Apa jua transaksi yang melibatkan pemilik asal dengan pemilik baru
Secara umumnya, bagi urusan pindahmilik mahupun kontrak jualan bagi sesuatu hartanah, pemilik yang baru perlu membayar cukai mengikut nilai hartanah tersebut. Nama cukai ini adalah Cukai Ad Valorem/ Ad Valorem duty.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana pemilik baru boleh mendapat pengecualian atau peremitan cukai. Antara contoh di mana pemilik baru dikecualikan ataupun diremitkan daripada cukai adalah:
(1) Pindahmilik hartanah antara suami isteri;
(2) Pindahmilik hartanah antara ibubapa dan anak kandung;
(3) Pindahmilik hartanah kepada pemilik yang baru pertama kali membeli/memiliki hartanah dll.
Selain daripada pengecualian dan peremitan, terdapat Relif iaitu Pelepasan Cukai turut terpakai ke atas:
(1) Pindahmilik hartanah antara syarikat bersekutu
Walaupun terdapat beberapa jenis pindahmilik yang dikecualikan daripada cukai, namun pemilik baru tetap perlu menghantar dokumen bertulis/suratcara ke Pejabat Hasil (LHDN) untuk menentukan taksiran bagi cukai tersebut. Proses ini adalah untuk menentukan nilai taksiran cukai dan juga pengecualian yang bakal diberikan sekiranya layak.
Selepas surat cara dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), notis Taksiran akan dikeluarkan oleh LHDN dan pembayaran perlu dilakukan oleh penerima milik yang baru bagi meneruskan proses pendaftaran nama pemilik baru di Pejabat Tanah.
Bagi sesiapa yang ingin mengira bajet bagi pembayaran cukai ini, boleh merujuk kepada cara pengiraan di bawah:
1% daripada RM100,000 pertama
2% daripada RM101,000 hingga RM500,000
3% daripada RM501,000 dan ke atas
Sebagai contoh;
Harga rumah ialah RM300,000
1% daripada RM100,000 = RM1,000
2% daripada RM200,000 = RM 4,000
Jumlah duti setem yang perlu dibayar oleh pemilik baru ialah RM 5,000.00
Peguam Hartanah