Apakah Loan Agreement?
Loan Agreement atau dalam Bahasa Melayu ialah Perjanjian Pinjaman, merujuk kepada Perjanjian antara Pembeli hartanah dengan pihak Bank mengenai urusan pinjaman perumahan.
Selalunya pembeli yang tidak mempunyai cash yang mencukupi untuk membeli rumah idaman akan membuat permohonan pinjaman perumahan.
Mari kita lihat contoh di bawah :
Ali ingin membeli sebuah rumah yang berharga RM 300K. Akan tetapi, Ali tidak mempunyai cash atau wang tunai berjumlah RM300K. Adakah ini bermakna Ali tidak dapat membeli rumah idamannya sampai bila-bila selagi Ali tidak mempunyai wang tunai/simpanan RM 300K?
Jawapannya tidak.
Ali boleh membuat permohonan pinjaman perumahan daripada mana-mana bank untuk membeli rumah idaman beliau. Akan tetapi, kelulusan pinjaman perumahan tersebut tertakhluk kepada harga rumah idaman Ali dan beberapa faktor seperti gaji dan komitmen Ali setiap bulan.
Sekiranya pinjaman (loan) Ali diluluskan oleh pihak Bank, maka Ali boleh meneruskan urusan jualbeli rumah idamannya dengan menandatangani surat tawaran pinjaman perumahan (Offer Letter) serta Loan Agreement dan kemudian bolehlah menandatangani SPA.
Dalam loan agreement tersebut, terdapat terma dan syarat pinjaman perumahan seperti cara pembayaran yang akan dibuat beserta tempoh bayaran pinjaman. Apabila Ali membuat loan daripada Bank, rumah idaman Ali juga akan digadai kepada Bank selagi Ali belum habis membuat pembayaran pinjaman sepenuhnya kepada pihak Bank. Hal ini juga akan dinyatakan dalam Loan Agreement yang ditandatangani oleh mana-mana peminjam.
Eh, kenapa kena gadai pula rumah idaman??
Jangan risau. Gadaian yang dibuat adalah untuk memastikan hak dan kepentingan Bank yang memberi pinjaman terpelihara. Pembeli tetap menjadi tuan tanah atau pemilik rumah tersebut di atas geran walaupun gadaian dibuat.
KECUALI peminjam tidak berjaya melunaskan semula hutang pinjaman kepada pihak Bank, maka pihak Bank boleh melelong rumah yang digadai tersebut sebagai ganti rugi untuk melunaskan hutang owner kepada bank.
Peguam Hartanah