Sebelum kita dengar perkataan ini, peguam akan bertanya dahulu kepada pihak owner.

“Rumah yang hendak dijual ini sudah habis bayar ke belum?”

Antara persoalan-persoalan yang sering dikemukakan selepas mengetahui proses redemption ini adalah seperti:

“Perlu ke buat redemption ini?”

“Kalau tak nak buat bayaran dan pindah milik terus, boleh ke?”

“Kalau buat proses redemption ini, lagi lambat ke buyer dapat masuk rumah baru ya?”

Jadi apa sebenarnya REDEMPTION ini?

Redemption atau dalam Bahasa melayunya dikenali sebagai bayaran penebusan. Terjadi apabila rumah yang ingin dibeli atau dijual, pihak penjual/pembeli belum menghabiskan bayaran kepada pihak bank. Kiranya penjual/pembeli masih ada baki hutang kepada bank.

Proses ini mengambil masa lebih kurang sebulan atau lebih, bergantung kepada pihak bank. Peguam pula harus menunggu maklum balas dan sentiasa follow up daripada pihak bank. Senang kata, kalau tidak dibayar, rumah pun tidak boleh dijual atau dipindah milik kerana masih dicagar oleh bank pemilik.

***Take note, redemption WAJIB dibayar terlebih dahulu bagi meneruskan proses jual beli.

Jadi memang tak boleh la nak suruh peguam Tuan/Puan (pemilik rumah) semua skipped bahagian ini 😊

Namun jangan risau, proses ini bukanlah dilakukan oleh tuan/puan sendiri. Tetapi dilakukan sepenuhnya oleh peguam.

Ini sekadar maklumat untuk memberi kefahaman apa itu redemption process.

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *