BORANG PEMBETULAN 380-KTN

Seperti biasa apabila staff balik dari collection pejabat tanah, pertama sekali kami akan check dulu hakmilik (orang kita panggil geran) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah.

Check nama client mengikut ic, check nombor ic, alamat, tarikh pendaftaran dan sebagainya.

Nak jadikan cerita, harini semua di atas adalah betul. Tapi ada sesuatu yang pelik.

Saya buat proses pelepasan gadaian bank di pejabat tanah, tapi hakmilik baru yang saya terima masih ada nama bank 🤔

Confuse.

Hati saya berkata, “Memang ni format terbaru ke”

Terus saya whatsapps di group untuk confirmation dari lawyers.

Saya : sepatutnya ni proses melepaskan Gadaian. Tapi tengok geran ni macam masih tak dilepaskan je. Kan?

Laju je cik puan lawyer saya reply :

“Haah, ni maksudnya belum discharge (melepaskan Gadaian). Ada error lah ni”

Walaupun da biasa buat benda ni semua, tapi bila kadang-kadang berlaku perkara ajaib macam ni saya akan jadi ragu-ragu kejap dengan diri sendiri 🤣

Haih..

Nak buat macam mana benda da jadi, nak kata salah kita, dokumen dan resit semua tunjuk kita bayar untuk proses pelepasan gadaian.

Nak kata pejabat tanah yang salah, pejabat tanah mana pernah salah 🥴

Apa boleh buat, kita masukkan je la semula dengan Geran Yang Baru untuk Pembetulan.

Yang ni guna BORANG KTN 380 seperti yang saya kepilkan.

Haa orang awam perlu tau ke?

PERLU !

Sebab kebiasaannya yang saya perasan, bukan semua tapi ramai owner yang guna loan selalunya bila dapat je salinan geran dia terus simpan dalam file.

Ada yang tak dapat dan tak minta pun salinan hakmilik rumah yang dibeli dari loan lawyer/bank.

Bila nak jual/pindahmilik, baru mereka cari hakmilik ni, masa ni baru sedar yang ada kesalahan pada hakmilik.

Ada yang tak perasan pun sampailah kami inform baru dia sedar.

Jadi bila ada pembetulan geran, proses ambik masa sikit untuk betulkan dulu hakmilik.

Haaa pastu jangan salahkan lawyer awat tak dapat duit balance on time ya 🥴

Don’t blame people when you sleep on your right. Gittew!

So now bagi sesiapa yang ada rumah, tanah.. Pergilah check hakmilik tu..

Tengok betul ke tak ejaan nama, nombor ic, bahagian yang dipindahmilik.

Pernah juga kes kami sebelum ni, nama pada perintah pusaka untuk 5 adik beradik. Yang mana abang dapat 2/6 bahagian tetapi bila keluar di hakmilik, abang jadi satu bahagian sama seperti adik-beradik yang lain.

Tapi sebab perasan awal, takda la effect proses. Kita masukkan je semula ke Pejabat Tanah untuk Pembetulan sebelum dipulangkan kepada owner.

Dia boleh jadi lambat kalau hakmilik tu dah lama. Dokumen nak buktikan hakmilik tu ada kesalahan pun dah hilang..

Boleh je buat InsyaAllah, cuma akan jadi panjang sikit la ceritanya. Okay 🤭 ?

Haaa~~

Sekian cotcet Izzati yang baru masuk office semula 🫰🏻❤️,

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Hartanah Messrs Izzati & Associates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *