RUMAH KOS RENDAH NEGERI SEMBILAN (SUBSALE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga muka buku.

Ada ke di sini yang berhajat nak membeli rumah kos rendah di Negeri Sembilan? Jika ada, jom saya kongsikan syarat-syarat kelayakan membeli rumah kos rendah di Negeri Sembilan.

1. PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH BULANAN (PEMOHON & PASANGAN)

A. Harga Rumah DIBAWAH RM100,000.00: Tidak melebihi RM5,000.00

B. Harga Rumah MELEBIHI RM100,000.00: Tidak melebihi RM7,000.00

2. PEMOHON & PASANGAN ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA

3. BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

4. PEMOHON & PASANGAN TIDAK PERNAH MEMILIKI SEBARANG HARTANAH

So, macam mana? Anda layak untuk membeli rumah kos rendah di Negeri Sembilan? Jika layak, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh kedua-dua Penjual dan Pembeli. Apa dokumen tersebut? Nantikan di perkongsian saya yang seterusnya.

Di bawah, saya kongsikan borang permohonan pindahmilik rumah kos rendah di Negeri Sembilan untuk rujukan warga-warga buku yang berminat memiliki Hartanah Kos Rendah Negeri Sembilan.

Sekian,

Nurul Wahidah Kamarudin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Izzati & Associates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *