DOKUMEN-DOKUMEN PEMBELIAN RUMAH KOS RENDAH NEGERI SEMBILAN (SUBSALE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga muka buku.

Sebagaimana dijanjikan pada perkongsian saya minggu lepas, hari ini saya kongsikan senarai dokumen-dokumen yang pihak Penjual dan pihak Pembeli perlu sediakan jika ingin membuat urusan jual beli Hartanah Kos Rendah di Negeri Sembilan.

𝑨. 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑬𝑳𝑰

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan

3. Salinan Sijil Nikah

4. Salinan Sijil Kelahiran/Mykid Anak

5. Penyata Pendapatan Terkini (3 bulan terakhir)

6. Penyata Pendapatan Pasangan (3 bulan terakhir)

7. Penyata KWSP Tahun Semasa

8. Penyata KWSP Tahun Semasa Pasangan

9. Laporan CCRIS

10. Laporan CCRIS Pasangan

𝑩. 𝑷𝑬𝑡𝑱𝑼𝑨𝑳

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Surat Rasmi (sebab/alasan jual rumah)

3. Bil Cukai Pintu TELAH DIBAYAR

4. Bil Cukai Tanah TELAH DIBAYAR

5. Salinan Hakmilik

6. Salinan Perjanjian Jual Beli Asal

Jadi, jika berminat membeli Hartanah Kos Rendah di Negeri Sembilan, sediakan dokumen-dokumen di atas dan serahkan kepada peguam lantikan anda untuk mereka menyempurnakan urusan jual beli.

Salam Sayang,

Nurul Wahidah Kamarudin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Izzati & Associates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *